Atlet veteran negara berlepas ke Malaysia

Atlet veteran negara berlepas ke Malaysia

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Seramai 21 orang atlet veteran Negara Brunei Darussalam berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia hari ini bagi menyertai Kejohanan Olahraga Master Antarabangsa Malaysia ke-30 (MIOMAC) yang bermula pada 26 hingga 27 November di Stadium Arena, Universiti Malaya, Subang Jaya, Malaysia.

Atlet veteran negara diketuai oleh Setiausaha Persatuan Atlet Veteran, Negara Brunei Darussalam, Hajah Mariah binti Haji Metussin

Mengucapkan selamat belayar kepada kontinjen negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Presiden Atlet Veteran Negara Brunei Darussalam, Haji Abdul Razak bin Bungsu.

Para atlet negara bergambar ramai sebelum berlepas meninggalkan negara.
Para atlet negara bergambar ramai sebelum berlepas meninggalkan negara.

Sebelum berlepas meninggalkan negara, Doa Selamat telah dibacakan oleh Setiausaha II Persatuan Atlet Veteran, Haji Abu Bakar bin Haji Pungut.

Antara acara-acara yang akan disertai mengikut peringkat umur itu ialah seperti rejam lembing, lompat jauh, lempar cakera selain acara larian 100 meter pecut lelaki, 200 meter, 400 meter, 800 meter, 1,500 meter dan 3,000 meter.

Negara-negara lain yang turut menyertai kejohanan tersebut ialah Singapura, Sri Lanka, Indonesia, India, Taiwan dan Hongkong.