Atlet Veteren raih emas di Sabah

Atlet Veteren raih emas di Sabah

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac – Persatuan Atlet Veteran Brunei Darussalam (PAVB) berjaya meraih tempat kelima daripada 21 pasukan dalam Kejohanan Terbuka ‘Master Athletics’ Sabah kali keenam yang diadakan di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada 13 atlet lelaki dan tujuh atlet wanita yang diketuai oleh Haji Abu Bakar bin Haji Pugut dan pengurus sukan, Hajah Mariah binti Metussin telah menyertai kejohanan tersebut. Pasukan negara berjaya meraih 19 pingat emas, 15 perak dan 11 gangsa.

Salah seorang peserta negara, Kapten (B) Haji Osman bin Haji Lahab berjaya menggondol empat pingat emas dalam kesemua acara yang disertainya iaitu Acara 5,000m Berjalan Kaki, 1,500m, 100m dan Lompat Jauh.

Gambar ramai bersama para pemenang pada kejohanan tersebut.
Gambar ramai bersama para pemenang pada kejohanan tersebut.
Haji Zainal meraih pingat emas dalam Acara Lari Lompat Pagar.
Haji Zainal meraih pingat emas dalam Acara Lari Lompat Pagar.

Menurut Hajah Mariah, seramai enam atlet veteran akan berlepas ke Singapura pada bulan Mei ini untuk menyertai Kejohanan Terbuka ‘Asia Master Athletics’ Singapore yang akan berlangsung dari 4 hingga 8 Mei ini.

Beberapa atlet veteran negara juga difahamkan baru selesai menyertai kejohanan yang diadakan di Sri Lanka.

PAVB juga mengalu-alukan individu yang berumur 35 tahun ke atas yang berminat untuk menjadi ahli, bolehlah berhubung terus kepada Hajah Mariah di talian 8112516, atau Haji Bakar di talian 8249208 atau Haji Adenan bin PDP Haji Abu Bakar di talian 8872255.

ARTIKEL YANG SAMA