Atlet wanita bukti kemampuan di Rio

Atlet wanita bukti kemampuan di Rio

RIO DE JANEIRO, 22 Ogos – Daripada gimnas Amerika Syarikat (AS), Simone Biles kepada ahli gusti India, Sakshi Malik dan ‘budak emas’ Brazil, Rafaela Silva yang beraksi dalam judo – Rio terbukti pentas melahirkan jaguh baharu dunia untuk wanita.

Ini kerana, Usain Bolt dan Michael Phelps, masing-masing tiba ke Rio sebagai bintang terkemuka dalam olahraga dan renang di peringkat global.

Tetapi kemampuan Biles dalam melakukan kemahiran akrobatik mengagumkan membantunya menyamai rekod empat pingat emas dalam satu-satunya temasya Olimpik termasuk satu pingat gangsa pada penampilan pertamanya.

Atlet berusia 19 tahun itu muncul selaku gimnas pertama AS selepas Gabby Douglas pada 2012 memenangi semua disiplin, sekali gus diberi penghormatan oleh negaranya untuk menjadi pembawa bendera pada upacara penutup pagi tadi.

“Saya bukannya Usain Bolt dan Michael Phelps seterusnya, saya adalah Simone Biles pertama.” kata atlet berdarah campuran AS dan Afrika itu.

pg24_160822_olympic logo

Gambar fail 16 Ogos 2016 menunjukkan Biles semasa acara final gim-nastik seni di Olympic Arena, Rio de Janeiro. – AFP
Gambar fail 16 Ogos 2016 menunjukkan Biles semasa acara final gim-nastik seni di Olympic Arena, Rio de Janeiro. – AFP

Bukan itu saja, malah temasya kali ini turut menyaksikan beberapa bintang baharu dalam pembikinan berjaya dilahirkan antaranya atlet judo, Majlinda Kelmendi yang meraih emas pertama buat Kosovo dan juga Monica Puig yang menghadiahkan pingat emas buat Puerto Rico dalam acara tenis.

“Saya sudah membuktikan walaupun selepas kami diheret dalam kancah peperangan, jika mereka (kanak-kanak di Kosovo) mahukan sesuatu mereka pasti boleh dapatkannya,” kata Kelmendi.

Silva, 24, yang membesar di Rio sebuah bandar yang miskin dan setinggan, menerima pujian melambung daripada presiden IOC, Thomas Bach di hari-hari terakhir temasya ini.

“Dibesarkan di kawasan setinggan untuk menjadi juara Olimpik, apabila anda melihat zaman kanak-kanaknya dan apa yang perlu ditempuhinya, dia perlu dijadikan inspirasi kepada seluruh dunia,” kata Bach.

Malik turut mengatakan dia perlu mengatasi prasangka buruk untuk muncul sebagai pemenang pingat pertama India dengan kejayaan menjulang gangsa dalam gusti. – AFP

NEWW - ATLET TERBAIK RIO