Atlet wushu negara berlepas ke KL

Atlet wushu negara berlepas ke KL

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Para atlet wushu yang mewakili Negara Brunei Darussalam bertekad untuk memberikan persembahan yang terbaik serta mempunyai harapan untuk mengharumkan nama negara semasa Pertandingan Wushu Antarabangsa Terbuka Kuala Lumpur yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia selama dua hari bermula esok (25 Julai).

Delegasi negara yang diketuai oleh jurulatih, Wang Sin How, diwakili oleh seramai lapan orang atlet muda iaitu Foo Jiong Yang, Foo Jiong Liang, Derrick Yee Cherng Tong, Ten Vui Khang, Mek Qi Yu, Mek Jen Rui, Jonathan Ho Chi Yuan dan Dayang Nur Waidah Wajahan binti Didik Arif.

Dalam kejohanan itu nanti, para atlet muda negara bakal beraksi dalam kategori masing-masing dengan mempersembahkan gerakan dan menggunakan gaya seni mempertahankan diri tradisional termasuk gaya Hung Gar, Wing Chun dan Choy Li.

Hadir untuk mengucapkan selamat berlepas kepada delegasi negara dalam kejohanan itu ialah ahli-ahli dari Persatuan Wushu Negara Brunei Darussalam dan Persatuan Wushu Daerah Belait serta ibu bapa dan keluarga para atlet.

Kontinjen Negara Brunei Darussalam bergambar ramai bersama para pegawai persatuan sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia.
Kontinjen Negara Brunei Darussalam bergambar ramai bersama para pegawai persatuan sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia.

ARTIKEL YANG SAMA