Atletico belasah juara Kazakhstan

Atletico belasah juara Kazakhstan

MADRID, 22 Okt – Atletico Madrid menewaskan juara Kazak, Astana 4-0 semalam untuk mengembalikan kempen Eropah mereka kepada landasan selepas tewas mengejut kepada Benfica.

Saul Niguez membuka jaringan dengan hantaran bijak ke belakang sebelum Jackson Martinez menjaringkan gol pertamanya di Vicente Calderon bagi Atletico untuk meletakkan tuan rumah di depan. Pemain gantian Oliver Torres menambah gol ketiga selepas rehat sebelum jaringan lewat sendiri Denis Dedchenko.

“Saya gembira mencatatkan kemenangan kerana ia meletakkan kami dalam kumpulan sukar yang disukarkan dengan kemenangan Galatasaray,” bos Atletico, Diego Simeone memberitahu BeIN Sport.

“Ia langkah penting bagi pasukan. Daripada apa yang saya nampak, pasukan Astana ramai pemain yang hilang. Ia juga perlawanan sukar apabila kami pergi ke sana.”

Kemenangan 2-1 Galatasaray ke atas Benfica dalam perlawanan lain Kumpulan C bermakna Atletico menyamakan kutipan mata dengan Benfica di tangga teratas dengan enam mata, kelebihan dua mata berbanding juara Turki itu.

Midfield Atletico Madrid, Oliver Torres (kiri) menewaskan Nenad Erich semasa menentang FC Astana di stadium Vicente Calderon di Madrid semalam. – AFP
Midfield Atletico Madrid, Oliver Torres (kiri) menewaskan Nenad Erich semasa menentang FC Astana di stadium Vicente Calderon di Madrid semalam. – AFP

Astana telah membuat perjalanan lebih 5,000 kilometer ke barat ibu negara Sepanyol dan dengan segera berada di bawah tekanan finalis 2013/14.

Penjaga gol Nenad Eric menafikan usaha Diego Godin dua kali dari sudut bahaya, tetapi ia satu lagi persembahan menarik yang menghasilkan jaringan pembukaan pada pertengahan separuh masa pertama.

Sepakan sudut pendek di antara Gabi dan Yannick Ferreira Carrasco melepaskan pemain Belgium dan hantaran lintangnya disudahkan oleh Saul.

Martinez gagal untuk menghidupkan persaingan berbanding tag harga 35 juta euro beliau dari Porto pada musim panas, tetapi kepercayaan Simeone terhadap pemain dari Colombia itu dibalas apabila dia akhirnya menjaringkan gol menerusi bola melantun dari pemain Astana untuk menggandakan pendahuluan Atletico enam minit kemudian.

“Jaringan itu adalah masa yang dinikmati bagi seluruh pasukan. Saya bekerja keras untuk mencuba dan menyumbang.

“Ia seperti pembebasan daripada perlawanan yang sudah berlalu sebelumnya,” kata Martinez. – AFP