Atletico, Benfica Galas misi sukar

Atletico, Benfica Galas misi sukar

pg21_160414_b

pg21_160414_c

PARIS, 13 April (AFP) – Atletico Madrid dan Benfica masing-masing cuba menafikan defisit jaringan gol pada aksi pertama ketika kedua-duanya bakal membuat perhitungan kedua suku akhir Liga Juara-Juara bertemu Barcelona dan Bayern Munich, awal pagi ini.

Atletico kembali ke gelanggang sendiri, Vicente Calderon menentang Barcelona selaku juara bertahan selepas tewas 2-1 pada aksi pertama manakala Benfica cuba menafikan kemenangan 1-0 Bayern ketika menerima kunjungan Bayern di Lisbon.

Atletico yang dibimbing Diego Simeone terdesak untuk terus melangkah lebih jauh ketika rekod menunjukkan mereka tewas dalam tujuh pertemuan dengan Barca. “Dalam senario seperti esok, semua yang sudah berlaku perlu dilupakan,” kata Simeone yang bakal kehilangan khidmat Fernando Torres selepas pemain itu menerima kad merah pada aksi pertama. “Kami perlu atasi ketiadaan Fernando dan mengawal pemain hebat seperti Luis Suarez.”

Sama seperti Atletico, Benfica juga kehilangan pemain utama ekoran masalah penggantungan ketika bakal turun tanpa Jonas yang memaksa juara Portugal itu bergantung harap kepada Kostas Mitroglou dan Raul Jimenez untuk mencipta jaringan.

Malah pengendali Benfica, Rui Vitoria terpaksa menunggu keadaan tonggak tengah, Nicolas Gaitan selepas pemain itu bergelut dengan masalah paha.

“Kita buat keputusan esok. Kami akan tunggu sehingga sepak mula untuk lihat sama ada dia bersedia atau tidak. Tetapi perlawanan ini menjanjikan sesuatu yang sukar buat kami.”

ARTIKEL YANG SAMA