Atletico ikat Real Madrid 1-1

Atletico ikat Real Madrid 1-1

BARCELONA, 5 Okt (Agensi) – Pemain gantian Atletico Madrid, Luciano Vietto meledak gol penyamaan lewat ketika seri 1-1 bertemu Real Madrid, sekali gus menafikan peluang kelab bimbingan Rafa Benitez merampas kedudukan pendahulu La Liga, awal pagi tadi.

Karim Benzema memberikan permulaan sempurna buat Real apabila meletakkan pelawat di depan seawal minit kesembilan di Vicente Calderon. Penjaga gol Real, Keylor Navas juga turut menampilkan persembahan baik dengan menyelamatkan penalti Antoine Griezmann pada minit ke-22, namun kemasukan Vietto pada babak kedua memberi tamparan buat skuad Galaticos.

Menerusi bola hantaran Jackson Martinez, Vietto dengan mudah menampan bola di depan gawang yang menewaskan Navas pada minit ke-83. Atletico kekal di kedudukan kelima dengan ketinggalan tiga mata di belakang Vilarreal.

“Kami memperoleh mata, dan cuba untuk menang namun ia bukan untuk kami,” kata Vietto, 21. Pendahulu liga, Villarreal sebelum ini mencatat kekalahan 1-0 ke atas Levante pada aksi lebih awal dengan Real ketika ini ketinggalan satu mata di kedudukan kedua.

Aksi ketika perlawanan tersebut berlangsung. – AFP
Aksi ketika perlawanan tersebut berlangsung. – AFP