Atletico juara Copa Libertadores

Atletico juara Copa Libertadores

MEDELLIN, Colombia, 28 Julai – Gergasi Colombia Atletico Nacional memenangi persaingan Copa Libertadores buat kali kedua dalam sejarah mereka semalam selepas Independiente del Valle dari Ecuador 1-0 untuk menyelamatkan kemenangan menerusi agregat 2-1.

Pemain penyerang baru Miguel Bora adalah wira Atletico yang meledakkan rembatan leret pada minit kesembilan ketika pasukan yang berpangkalan di Medellin itu memenangi perlawanan kelab perdana benua Amerika Selatan buat kali pertama sejak 1989.

Atletico adalah pasukan Colombia pertama memenangi gelaran tersebut sejak 2004, apabila Once Caldas mengejutkan Boca Juniors pada perlawanan akhir. Copa Libertadores didominasi oleh pasukan dari Argentina, Brazil dan Uruguay sejak dimulakan pada 1960.

Bagaimanapun, persaingan tahun ini adalah yang pertama sejak 1991di mana pasukan dari kuasa tradisi Amerika Selatan gagal beraksi pada perlawanan akhir.

Sebaliknya persaingan itu diadakan antara Atletico dan Independiente del Valle, kelab yang hanya mendapatkan promosi ke kelompok teratas Ecuador tujuh tahun lalu.

Para pemain Atletico menjulang Copa Libertadores di stadium Atanasio Girardot di Medellin, Colombia selepas menewaskan Independiente del Valle dari Ecuador kelmarin. – AFP
Para pemain Atletico menjulang Copa Libertadores di stadium Atanasio Girardot di Medellin, Colombia selepas menewaskan Independiente del Valle dari Ecuador kelmarin. – AFP

Independiente adalah pasukan yang bertanggungjawab menyingkirkan gergasi dari Argentina, Boca Juniors dan River Plate dalam laluan ke final. Bagaimanapun mereka diletakkan dalam laluan menuju ke Colombia semalam selepas terikat 1-1 dalam perlawanan pertama di Quito minggu lalu.

Atletico menguasai persaingan ketika perlawanan pembukaan apabila Borja menjaringkan gol menerusi bola melantun sepakan percuma selepas Independiente gagal mengeluarkan bola.

Jaringan itu terbukti penting dan menandakan kempen luar biasa Libertadores bagi Borja, yang baru ditandatangani Atletico Jun lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu terjejas ketika bersama pasukan dari Itali, Livorno pada 2013 tetapi kerjayanya meningkat ketika pinjaman bersama pasukan Santa Fe dari Colombia dengan menjaringkan 10 gol dalam 33 perlawanan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA