Atletico kembali ke puncak liga

Atletico kembali ke puncak liga

MADRID, 11 Jan (Reuters) – Antonie Griezmaan dan Yannick Carrasco masing–masing mewujudkan keajaiban ketika Atletico Madrid merampas kembali kedudukan teratas La Liga dari Barcelona dengan kemenangan 2-0 di Celta Vigo semalam.

Peluang–peluang adalah sukar diperoleh di padang stadium Balaidos yang dalam keadaan hujan tetapi Griezmann dan Carrasco menjaringkan gol–gol cantik untuk mengangkat Atletico dengan kelebihan dua mata di depan Barcelona.

Pasukan juara kendalian Luis Enrique menang 4-0 di laman sendiri kepada Granada semalam dan memiliki satu perlawanan di tangan ke atas pesaing utama mereka, pada peringkat setengah musim ini.

Griezmann memberikan hantaran kepada Luciano Vietto yang bersedia di sudut kiri empat minit pada separuh masa kedua dan meluru ke kawasan penalty bagi menewaskan penjaga gol Celta dari Argentina, Sergio Alvarez, gol ke-10 pemain penyerang dari Perancis itu dalam kempen musim ini.

Dengan Celta yang berada di tangga kelima memberikan tertekan untuk menjaringkan gol penyamaan, pemain gantian Carrasco, pemain antarabangsa Belgium, mendapatkan bola liar 10 minit sebelum tamat perlawanan dan meluru ke depan sebelum meledakkan rembatan ke gawang.

Yannick Ferreira Carasco meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. – AFP
Yannick Ferreira Carasco meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. – AFP

Atletico, yang bolos lapan gol, mengumpul 44 mata dari 19 perlawanan, dengan Barca menghimpunkan 42 mata dari 18 perlawanan.

Real Madrid ketinggalan dua mata di tangga ketiga selepas membenam Deportivo La Coruna 5-0 di Bernabeu pada Sabtu lalu dalam kemunculan Zinedine Zidane sebagai jurulatih.

“Kamu mengetahuinya ia adalah perlawanan yang sukar ketika Celta menguasai bola dengan baik,” Griezmann memberitahu televisyen Sepanyol.

“Tetapi kami kuat di bahagian pertahanan dan kami tahu bila kami berpeluang di depan kami boleh menjaringkan gol pada bila–bila masa,” tambahnya.

“Di bahagian pertahanan dan dalam serangan kami melakukan banyak perkara dengan baik dan kami perlu mengekalkannya.”