Atletico mahu cari pengganti Tiago

Atletico mahu cari pengganti Tiago

MADRID, 1 Dis (Reuters) – Atletico Madrid mungkin melihat dalam pasaran pertukaran pada Januari depan untuk menggantikan ketiadaan pemain midfield, Tiago kerana kecederaan, kata jurulatih Diego Simeone semalam.

Tiago, pemain antarabangsa Portugal, mengalami keretakan tibia dalam kemenangan 1-0 pada Sabtu lalu di tempat sendiri menentang Espanyol dan dijangka tidak akan beraksi selama empat bulan.

Simeone memiliki beberapa pemain yang boleh beraksi menggantikan tempat Tiago, termasuk Koke, Saul Niguez dan Thomas, tetapi dia berkata kecederaan itu menjadikan Atletico untuk mencari kekuatan ketika pertukaran pada Januari depan.

“Bila masa pasaran tiba, kami terbuka kepada apa jua keadaan,” Simeone memberitahu sidang akhbar dalam previu persaingan pusingan 32 Piala Raja hari ini, perlawanan pertama di Reus Deportiu.

“Ini bukanlah satu pengecualian dan jelas semuanya terjejas kerana kehilangan pemain seperti Tiago,’ tambah bekas kapten Argentina itu.

“Pada keseluruhannya pada usia 34 tahun dia memiliki keupayaan dan pengalaman yang tidak anda miliki pada usia 20 atau 27 tahun.

“Dia berada dalam rentak yang menarik dan kami berharap dia kembali sebelum akhir musim kerana kami memerlukannya.”

Kemenangan Atletico ke atas Espanyol menyukarkan mereka di bawah pendahulu La Liga, Barcelona.

Mereka ketinggalan empat mata di belakang juara di tempat kedua, dengan Real Madrid ketinggalan dua mata di tempat ketiga.

Atletico mara ke pusingan 16 Liga Juara–juara dengan berbaki satu perlawanan dan boleh memastikan tempat teratas dalam kumpulan mereka apabila mereka beraksi di Benfica pada 8 Disember ini.

ARTIKEL YANG SAMA