Atletico menang mudah

Atletico menang mudah

ISTANBUL, 16 Sept (AFP) – Pasukan gergasi Sepanyol Atletico Madrid semalam membuat permulaan kempen Liga Juara-Juara yang meyakinkan apabila menang mudah ke atas saingan dalam Kumpulan C, Galatasaray, 2-0 dalam perlawanan yang berpotensi rumit di Istanbul.

Pemain antarabangsa Perancis, Antoine Griezmann dengan mudah mengatasi pertahanan Galatasaray yang dapat dibolosi, dengan dua gol dalam masa tujuh minit untuk menyelesaikan permainan dalam separuh masa pertama.

Meskipun Galatasary mampu pulih dalam separuh masa kedua, perlawanan itu memperlihatkan jurang dalam kelas antara pasukan yang menduduki tempat ketiga La Liga musim lalu dan jaguh Super Lig Turki.

Jurulatih Atletico, Diego Simeone mampu meninggalkan banyak pemain hebat di bangku simpanan termasuk bekas penyerang Liverpool dan Chelsea, Fernando Torres yang hanya diturunkan selepas minit ke-60.

Pemain Atletico, Griezmann meraikan jaringan keduanya semasa menentang Galatasaray di Istanbul, semalam. – Reuters
Pemain Atletico, Griezmann meraikan jaringan keduanya semasa menentang Galatasaray di Istanbul, semalam. – Reuters

Pemain antarabangsa Perancis, Griezmann mengejutkan penonton Istanbul dengan jaringan gol dalam minit ke-18, yang menumpaskan penjaga gol Fernando Muslera, selepas mendapati dirinya tidak dikawal di kotak penalti.

Griezmann mengecewakan penonton Turki dengan satu lagi gol tujuh minit kemudian, dari hantaran tandukan Diego Godin dengan tendangan tinggi yang mengatasi Muslera.

Dalam indikasi suasana suram pada perlawanan malam di Turk Telekom Arena di Istanbul itu, jurulatih Galatasaray Hamza Hamzaoglu menggantikan pemain tengah Emre Colak selepas disiul oleh peminatnya sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA