Atletico perlu raih mata penuh

Atletico perlu raih mata penuh

MADRID, 20 Okt – Penyerang Atletico Madrid, Fernando Torres menegaskan pasukannya perlu meraih mata penuh daripada dua pertemuan dengan pasukan baru Liga Juara-Juara Astana dalam dua minggu akan datang bagi memastikan kempen Eropah mereka kembali ke landasan.

Pasukan Sepanyol menjadi tuan rumah kepada juara Kazakhstan itu esok dengan harapan untuk menebus kekalahan pertama Liga Juara-Juara dalam tempoh enam tahun kepada Benfica.

Pasukan Diego Simeone masih dalam kedudukan yang baik untuk melayakkan diri dari Kumpulan C selepas kemenangan 2-0 di Galatasaray pada perlawanan pertama.

Bagaimanapun, setelah berjaya ke suku akhir dua musim lalu, Torres bertekad untuk mara ke peringkat kalah mati sebagai juara kumpulan untuk memastikan laluan lebih mudah ke suku akhir sekali lagi.

“Kami tahu sangat penting untuk menang di Galatasaray menjelang perlawanan di tempat sendiri menentang Benfica.

Torres (kanan) mahu memastikan Atletico membenam Astana bagi memastikan kempen Eropah mereka kembali ke landasan. – Reuters
Torres (kanan) mahu memastikan Atletico membenam Astana bagi memastikan kempen Eropah mereka kembali ke landasan. – Reuters

“Kami menang di Turki, tetapi bukan rancangan kami untuk kalah di tempat sendiri menentang Benfica,” kata bekas penyerang Liverpool dan Chelsea itu kepada Uefa.com.

“Kami perlu mata lebih dalam perlawanan akan datang tetapi kami yakin berjaya ke pusingan seterusnya yang merupakan matlamat jangka pendek kami.

“Kami mahu selesai mengungguli kumpulan kerana anda mempunyai lebih banyak kelebihan atau katakan sedikit kelemahan dalam pusingan seterusnya. Kami sekarang perlu enam mata untuk dua perlawanan kami yang akan datang.”

Astana membuat perjalanan yang paling jauh dalam sejarah kumpulan Liga Juara-Juara apabila mengembara lebih 6,000 kilometer untuk menentang Benfica pada aksi pertama dan menghadapi perjalanan marathon lain ketika cuba bangkit untuk membuat kejutan besar di ibu negara Sepanyol. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA