Atletico Peroleh Kelebihan

Atletico Peroleh Kelebihan

MADRID, 28 April – Usaha serangan secara solo Saul Niguez memberikan Atletico Madrid kelebihan berharga apabila menang 1-0 mengatasi Bayern Munich pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Vicente Calderon, di sini, sebentar tadi.

Pemain antarabangsa Sepanyol bawah 21 tahun itu melepasi empat pemain Bayern sebelum meledak ke penjuru untuk memberikan tuan rumah permulaan yang sempurna selepas 11 minit.

Bayern mendominasi permainan selepas itu, namun cubaan paling hampir untuk mendapatkan gol berharga di tempat lawan ialah sepakan deras jarak jauh daripada David Alaba yang melepasi palang.

Atletico akan berkunjung ke Bavaria untuk perlawanan timbal balas 3 Mei nanti untuk melengkapkan tugasan ke final kedua dalam tempoh tiga tahun dan membalas dendam kekalahan mereka kepada Bayern pada final 1974.

“Ia kemenangan yang menakjubkan, ia hari yang baik buat para penyokong Atletico,”  Fernando Torres memberitahu BeIN Sports Sepanyol.

Fernando Torres ketika membuat serangan ke arah pasukan Bayern Munich. – AFP
Fernando Torres ketika membuat serangan ke arah pasukan Bayern Munich. – AFP

“Kami telah bermain separuh pertama dengan keputusan kelebihan kepada kami dan sekarang kami perlu memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya.”

Bayern tewas pusingan pertama separuh akhir di Sepanyol dalam dua musim sebelum ini kepada Real Madrid dan Barcelona sekali gus tersingkir daripada kejohanan itu.

Dan mereka boleh melalui permulaan yang buruk sekali lagi di ibu kota Sepanyol ketika berdepan sokongan padu penyokong lawan dan Atletico bermula dengan bagus pada permulaan permainan.

“Kami tidak berasa kami mempunyai banyak peluang untuk membuat jaringan pada separuh masa kedua seperti yang kami dapat, tapi kami tidak menggunakannya,” Lahm memberitahu ZDF

“Kamu perlu menggunakannya dalam perlawanan seperti ini, namun kami masih mempunyai 90 minit dengan para penyokong di belakang kami untuk mengubah rentak perlawanan.” – AFP