Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Atletico rapatkan jurang

    BARCELONA, 10 APRIL – Atletico Madrid merapatkan jurang dengan pasukan di tempat kedua, Real Madrid kepada hanya dua mata melalui kemenangan 2-1 ke atas 10 pemain Rayo Vallecano pada hari ini dalam La Liga.

    Valencia tewas 2-1 di Almeria yang menyebabkan mereka berada dalam zon penyingkiran, manakala sembilan pemain Real Betis tewas 2-0 di laman sendiri menentang Cadiz, menjejaskan usaha mereka untuk mara ke Liga Juara-juara.

    Pemain pertahanan, Nahuel Molina dan Mario Hermoso menjaringkan gol pada separuh masa pertama selang dua minit untuk meletakkan Atletico di kedudukan dominan di Vallecas.

    Rayo menyebabkan pemain pertahanan, Florian Lejeune dibuang padang pada separuh masa kedua kerana mengasari Alvaro Morata, tetapi percubaan Fran Garcia memberi sedikit harapan kepada tuan rumah di peringkat akhir.

    Atletico bertahan untuk mengekalkan tekanan ke atas pesaing mereka, juara Real Madrid, yang tewas 3-2 di laman sendiri menentang Villarreal kelmarin.

    Skuad kendalian Diego Simeone berada dalam prestasi cemerlang pada 2023, tidak tewas dalam 12 perlawanan liga terakhir mereka, serta memenangi sembilan daripada perlawanan tersebut.

    “Perkara pertama yang kami lakukan ialah mengambil kira apa yang kami tidak lakukan dengan baik,” kata Hermoso kepada DAZN, apabila ditanya mengenai prestasi pasukannya.

    “Kami mahu menterbalikkan keadaan, yang pada masa ini tidak bagus, dan kami tahu apa yang diperlukan.” – AFP

    Aksi Hermoso semasa menjaringkan gol kedua buat pasukannya, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...