Atletico sedia perangi Bayern

Atletico sedia perangi Bayern

MUNICH, Jerman, 3 Mei (AFP) – Penyerang, Fernando Torres berkata Atletico Madrid bersedia untuk “bertarung” di Bayern Munich dalam perlawanan pusingan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

Pemain Atletico Diego Simeone tiba di Munich dengan mendahului 1-0 daripada pusingan pertama hasil gol Saul Niguez pada Rabu lalu di Madrid.

Atletico sedang dalam bidaan melayakkan ke final Liga Juara-Juara pada 28 Mei ini di Milan selepas kekalahan 4-1 dalam masa tambahan kepada Real Madrid pada final 2014.

Penyerang Sepanyol, Torres berkata, mereka akan melakukan segalanya untuk memastikan jurulatih Bayern, Pep Guardiola yang akan meninggalkan kelab itu dengan kejayaan.

Torres semasa menghadiri sidang media di Munich kelmarin menjelang pertemuan Liga Juara-Juara dengan Bayern. – AP
Torres semasa menghadiri sidang media di Munich kelmarin menjelang pertemuan Liga Juara-Juara dengan Bayern. – AP

“Kami sanggup mati untuk diri sendiri, kami bertarung bagi diri sendiri di padang dan ia akan menjadi satu lagi peperangan menentang Bayern esok,” kata Torres.

Pemain berumur 32 tahun itu menikmati kehidupana di Atletico dengan kini bermain dalam 10 perlawanan Eropah bagi Madrid musim ini dan berkata rahsia kejayaan mereka adalah kerja keras.

“Apa yang paling penting adalah kami tahu siapa kami dan kami bukanlah sesiapa melainkan kami bekerja sebagai satu kumpulan,” katanya.

Bayern pula menanam azam untuk pertembungan ketiga berdepan lawan dari Sepanyol itu pada pusingan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara di Allianz Arena, esok.