Atletico tekad balas dendam

Atletico tekad balas dendam

MADRID, 18 Nov – Atletico Madrid akan menjadi tuan rumah kepada Real Madrid bagi kali terakhir dalam aksi La Liga di Vicente Calderon esok dengan kekecewaan dalam persaingan Liga Juara-Juara kedua dalam tempoh tiga tahun kepada tetangga mereka masih lagi segar dalam ingatan.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan bergelut dengan masalah kecederaan dengan penjaring terbanyak Atletico Antoine Griezmann dan kapten pasukan Real Sergio Ramos bergelut untuk cergas.

Real menjulang Piala Eropah ke-11 menerusi sepakan penalti dalam pertemuan terakhir di antara kedua-dua pasukan Mei lalu dan Atletico jelas terdesak untuk mendapatkan lebih banyak alasan berbanding hanya membalas dendam ketika pasukan Diego Simeone ketinggalan enam mata daripada pendahulu di tangga teratas.

“Terdapat parut yang masih ada di sana dan tidak akan kami lupakan. Terdapat masa yang sukar dan pada keseluruhannya adalah sukar kerana apa yang dimaksudkannya kepada kesemua peminat Atletico,” kata kapten Atletico, Gabi.

Atletico dijadualkan untuk bergerak ke stadium baru mereka La Peineta musim depan selepas 50 tahun di Calderon, dan selepas dua kekalahan dalam tiga perlawanan, Gabi percaya kejayaan amat perlu untuk kembali memburu gelaran.

Pertemuan Madrid dan Atletico hampir menjadi ‘El Classico’ kedua Sepanyol ditambah lagi dengan pengurusnya Zidane (kiri) dan Simeone (kanan) masing-masing mempunyai sentuhan yang terbukti sukar dipertikaikan sejak membimbing pasukan. – AFP
Pertemuan Madrid dan Atletico hampir menjadi ‘El Classico’ kedua Sepanyol ditambah lagi dengan pengurusnya Zidane (kiri) dan Simeone (kanan) masing-masing mempunyai sentuhan yang terbukti sukar dipertikaikan sejak membimbing pasukan. – AFP

“Ia adalah persaingan terakhir di Calderon dalam La Liga untuk menjadikannya lebih menarik dan istimewa. Jika kami menang kami berada dalam persaingan sekali lagi,” tambahnya.

Griezmann kembali ke persaingan antarabangsa menentang Perancis dengan mengalami kecederaan kaki kiri, tetapi terpaksa berlatih minggu ini dan dijangka akan beraksi.

Real pula lebih merana dengan kecederaan Toni Kroos, Casemiro dan Alvaro Morata yang sudah pasti direhatkan.

Ramos tidak beraksi sejak mengalami kecederaan ligament lutut sebulan lalu, tetapi berazam untuk kembali bersama rakan pertahanan Pepe yang juga diragui kecergasannya.

Bagaimanapun, Madrid menurunkan Luka Modric, yang digambarkan Gabi sebagai ‘pemain terbaik’ Real untuk beraksi kali pertama dalam tempoh dua bulan.

Di sebalik badi Eropah Real, Atletico adalah pasukan merah putih Madrid yang mendominasi liga sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Atletico belum tewas dalam perlawanan tetangga liga sejak tiga musim, termasuk kekalahan tunggal pasukan Zinedine Zidane dalam La Liga sebagai bos Real dalam kemenangan 1-0 di Santiago Bernabeu Februari lalu.

Dengan dua persaingan gelaran utama mereka, Barcelona berpeluang untuk melonjak di tangga teratas awal esok apabila Malaga berkunjung ke Camp Nou.

Barca menterbalikkan keputusan hambar berikutan rehat antarabangsa dengan membenam Deprotivo la Coruna 4-0 bulan lalu, tetapi sekali lagi kehilangan beberapa bintang mereka dari Amerika Selatan.

Luis Suarez digantung, sementara Lionel Messi dan Neymar baru tiba di Barcelona semalam selepas masing-masing beraksi bagi Argentina dan Brazil dalam kelayakan Piala Dunia.

Poca Alcacer akan beraksi semasa ketiadaan Suarez ketika dia terus memburu jaringan pertama Barca sejak perpindahan 30 juta euro dari Valencia Ogos lalu.

Sementara itu, Barca dikukuhkan dengan kepulangan Gerard Pique dan Jordi Alba selepas berehat kerana kecederaan.

Manakala Sevilla pula akan berazam untuk kekal memburu gelaran dan kembali bangkit dalam kunjungan ke Deportivo La Coruna selepas kekalahan 2-1 kepada Barca dua minggu lalu.

Villarreal akan berkunjung ke Athletic Bilbao dalam persaingan sukar bagi persaingan merebut tempat dalam Liga Juara-Juara kali keempat dalam perlawanan Ahad ini.

Kedua-dua pasukan juga berada di bawah pengurusan baru buat kali pertama ketika Victor Sanchez membimbing Betis di laman sendiri menentang Las Palmas dan Joaquin Caparros tewas ketika menjadi jurulatih Osasuna hadir di Leganes, Isnin ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA