Atletico tewa...

Atletico tewas walau Griezmann cemerlang

MADRID, 11 Jan – Antoine Griezmann menjaringkan gol untuk kali ketiga dalam banyak perlawanan pada 2017 ketika Atletico Madrid menempah tempat suku akhir Copa del Rey dengan kemenangan 4-3 menerusi agregat biarpun tewas 3-2 kepada Las Palmas semalam.

Griezmann mengetepikan kekecewaan untuk berada pada kedudukan ketiga di belakang Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi bagi pemain terbaik dunia pada acara Anugerah Bola Sepak Terbaik FIFA Isnin lalu.

Pemain dari Perancis itu menjaringkan gol pembukaan empat minit pada separuh masa kedua. Jaringan menarik individu Marko Livaja memberikan semangat kepada Las Palmas, tetapi Angel Correa dilihat menamatkan perlawanan hanya selepas memasuki sejam.

Bagaimanapun, tuan rumah dipaksa bekerja keras pada beberapa saat terakhir masa penamat ketika dua jaringan dalam tempoh tiga minit dari Livaja dan Mateo Garcia memberikan kemenangan kepada Las Palmas dalam perlawanan itu.

“Perkara seperti ini selalu berlaku dalam Copa del Rey,” jurulatih Atletico Diego Simeone memberitahu BeIN Sports Sepanyol.

Griezmann (atas) berjaya mengatasi kawalan pertahanan Las Palmas, Aythami Artiles untuk manjaringkan gol pada pusingan kedua pusingan 16 terakhir Copa del Rey di stadium Vicente Calderon, kelmarin. – AFP
Griezmann (atas) berjaya mengatasi kawalan pertahanan Las Palmas, Aythami Artiles untuk manjaringkan gol pada pusingan kedua pusingan 16 terakhir Copa del Rey di stadium Vicente Calderon, kelmarin. – AFP

“Mereka menamatkan beberapa peluang yang ada dengan baik yang bermakna. Walaupun kami mengawal permainan, mereka juga yang menang.”

Biarpun mendahului 2-0 pada perlawanan pertama, Simeone tidak melepaskan peluang dengan menurunkan pasukan kuat.

Griezmann diturunkan biarpun membuat penerbangan ke Zurich untuk menghadiri gala FIFA hanya 24 jam sebelumnya dan mendapat peluang besar pertama apabila melepaskan rembatan tepat kepada Raul Lizoain pada minit ke-23.

Las Palmas berpeluang untuk kembali bersaing ketika Miguel Angel Moya menghasilkan penyelamat terbaik menafikan tandukan dari Livaja hampir tiang gol sebelum Tana melepaskan rembatan apabila berada di dalam kawasan penalti.

Griezmann menjaringkan gol buat kali pertama dalam La Liga dalam tempoh tiga bulan dalam kemenangan 2-0 di Eibar Sabtu lalu, tetapi pemain dari Perancis itu sekarang melakar jaringan terbaik musim ini ketika menyudahkan hantaran lintang Nicolas Gaitan pada awal separuh masa kedua untuk memberikan ruang bernafas bagi Atletico. – AFP