ATM sertai misi menyelamat nahas helikopter

ATM sertai misi menyelamat nahas helikopter

KOTA SAMARAHAN, 6 Mei (Bernama) – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengerahkan anggota tiga cabang perkhidmatan – udara, darat dan laut – bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa helikopter Eurocopter AS350 yang dipercayai terhempas ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching, semalam.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata aset dikerahkan termasuk pesawat udara ‘Beechcraft’ bagi tujuan tinjauan, juruselam serta komando dalam operasi itu.

“Setelah mendapat berita (kehilangan helikopter) semalam, ‘Beechcraft’ kita terbangkan untuk tinjauan sehingga pagi tadi….dan pagi tadi sudah memulakan satu operasi tambahan.

“Kita juga telah gerakkan tiga perkhidmatan termasuk aset TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia), juruselam dan sebagainya kerana kita difahamkan ia berlaku di kawasan sungai.