AT&T Inc bantu awasi trafik Internet

AT&T Inc bantu awasi trafik Internet

WASHINGTON, 16 Ogos – Firma telekomunikasi AT&T Inc telah membekalkan bantuan meluas kepada Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA) tatkala agensi pengintipan itu menjalankan pengawasan ke atas trafik Internet yang melalui Amerika Syarikat, lapor New York Times semalam, memetik dokumen NSA yang baru didedahkan.

Akhbar itu melaporkan syarikat telah memberikan bantuan teknikal kepada NSA dalam menjalankan arahan mahkamah rahsia yang membenarkan mengintip dengar melalui talian telefon kesemua komunikasi Internet di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pelanggan AT&T. Dokumen itu bertarikh dari 2003 hingga 2013 dan diberikan oleh bekas kontraktor NSA Edward Snowden, lapor Times.

Syarikat itu membantu agensi pengintipan dalam pelbagai aktiviti rahsia, lapor akhbar.

Dokumen menggambarkan bagaimana hubungan kerja NSA dengan AT&T adalah penting, membolehkan agensi menjalankan pengawasan, di bawah pelbagai peraturan komunikasi Internet antarabangsa yang melalui pusat rangkaian di Amerika Syarikat.

AT&T memasang peralatan pengawasan di sekurang-kurangnya 17 daripada pusat Internet di AS, lebih banyak daripada pesaing Verizon Communications Inc, lapor Times. Jurutera AT&T juga merupakan yang pertama yang menggunakan teknologi pengawasan baru yang dicipta oleh NSA, lapor Times.

“Ia adalah satu perkongsian, bukannya hubungan berkontrak,” menurut salah satu dokumen NSA yang menggambarkan hubungan di antara agensi dan syarikat. “Hubungan korporat AT&T memberikan kemudahan unik kepada telekom dan I.S.P. lain,” atau pembekal perkhidmatan Internet, menurut satu lagi dokumen NSA.

AT&T mulai menyediakan lebih daripada 1.1 bilion rekod panggilan telefon bimbit domestik setiap hari selepas “usaha untuk memulakan aliran operasi ini sebelum ulang tahun ke-10 9/11,” merujuk kepada serangan pada 11 September 2001 ke atas Amerika Syarikat, lapor Times.

ARTIKEL YANG SAMA