ATTO laksana misi selamatkan dunia

ATTO laksana misi selamatkan dunia

SAO SEBASTIAO DO UATUMA, Brazil, 26 Ogos (AFP) – Di hutan asli Amazon, bangunan pencakar langit terbaru Brazil mempunyai misi yang tidak sama dengan mana-mana bangunan lain: menyelamatkan dunia.

Rangka besi warna putih dan jingga bergelar Balai Cerap Menara Tinggi Amazon, atau ATTO, merupakan alat baru dalam usaha untuk memahami perubahan iklim dan peranan penting hutan hujan.

Pada 325 meter, ATTO adalah satu meter lebih tinggi daripada Menara Eiffel dan lebih tinggi daripada bangunan tertinggi London, Shard.

Bunyi paling kuat di sekitar struktur tersebut adalah bunyi riang-riang dan burung tropika dan bukannya bunyi hon dan enjin kereta di bandar.

Dibina di hutan simpanan Uatuma, 350 kilometer dari bandar Manaus dan hanya boleh sampai selepas perjalanan beberapa jam menerusi jalan raya dan perjalanan bot, ATTO adalah amat terpencil, dan bagi ahli sains iklim, itulah tujuan utamanya.

Gambar fail bertarikh 21 Ogos 2015 menunjukkan penyelaras projek ATTO, Jürgen Kesselmeier, tatkala berucap di majlis pembentangan mengenai projek itu di Institut Penyelidikan Amazon Kebangsaan Brazil. – AFP
Gambar fail bertarikh 21 Ogos 2015 menunjukkan penyelaras projek ATTO, Jürgen Kesselmeier, tatkala berucap di majlis pembentangan mengenai projek itu di Institut Penyelidikan Amazon Kebangsaan Brazil. – AFP

“Disebabkan jauh dari bandar dan pengaruh manusia memastikan kami boleh mengumpul data yang tulen,” kata Meinrat Andrae, pengarah Institut Kimia Mac Planck, yang bergabung dengan agensi penyelidikan Brazil Inpa mengenai projek yang dibiayai oleh Jerman-Brazil.

Amazon dilihat sebagai sebahagian besar teka-teki pemanasan global, sejak pokok merupakan senjata utama dalam memerangkap gas karbon. Dan pada 3,000 kilometer lebar, Amazon adalah yang paling besar daripada kesemua hutan hujan, terkenal kepada ramai orang sebagai paru-paru dunia.

“Disebabkan menara ini, kami boleh memahami peranan Amazon dengan lebih baik, kesannya ke atas iklim tempatan dan juga ke atas iklim global,” kata Antonio Ocimar Manzi, salah seorang ahli sains Brazil.

Menjulang naik melebihi ketinggian pokok terbesar Amazon, menara itu adalah tempat yang baik untuk menukar suhu panas hutan dengan udara segar, asalkan anda tidak kisah ketinggian. Memakai abah-abah perlindungan adalah wajib kerana wartawan dibawa 150 meter ke atas.

Balai cerap itu adalah yang tertinggi, mengatasi struktur yang sama yang dikenali sebagai ZOTTO di rantau Siberia di Rusia. ATTO terletak di kawasan geografi yang melambangkan pergelutan seluruh dunia. Pengeluaran gas rumah hijau telah meningkat sejak separuh tahun kedua abad ke-20, memanaskan seluruh dunia, menurut kebanyakan ahli sains.

ARTIKEL YANG SAMA