Atur perlawanan, warga S’pura didakwa

Atur perlawanan, warga S’pura didakwa

SINGAPURA, 7 Okt (AFP) – Dua warga Singapura telah didakwa dengan rasuah kerana terlibat dalam mengatur perlawanan di Turki pada 2013, menurut dokumen-dokumen mahkamah hari ini.

Dalam satu kes terbaru yang menge-tengahkan capaian global sindiket penipuan bola sepak di negara itu, Rajendar Prasad Rai, 42, dan Shree Manish Kalra, 22, masing-masing menghadapi tiga tuduhan di mahkamah daerah.

Dua daripadanya telah dibuat pada Isnin dan satu lagi lewat September.

Satu daripadanya menuduh Rai dari ‘menghasut’ Kalra untuk memberikan 25,000 euro kepada warga Macedonia, Marjan Stojanchevski dan dua rakan senegaranya untuk menetapkan keputusan perlawanan antara SC Charleroi dari Belgium dan VVV Venlo dari Belanda pada 11 Januari 2013 di Antalya, Turki.

Satu lagi tuduhan mengatakan Rai meminta Kalra untuk memberikan 15,000 euro kepada warga Macedonia yang sama untuk menetapkan perlawanan antara Steaua Bucuresti dan Dynamo Moscow pada 3 Februari 2013 di Antalya.

Tuduhan ketiga mengatakan Rai meminta Kalra untuk memberikan 27,000 euro kepada orang yang sama untuk menetapkan perlawanan antara Sturm Graz Steaua Bucuresti pada 1 Februari 2013 di Antalya. Kalra didakwa menyerahkan wang kepada warga Macedonia dalam ketiga-tiga kes tersebut.

Rekod pertuduhan bagaimanapun tidak memberi butiran warga Makedonia tetapi Marjan Stojanchevski digambarkan sebagai penjaga garisan atau pengadil di beberapa laman web bola sepak.

Setiap pertuduhan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum Sg$100,000 atau kedua-duanya sekali. Rai bebas dengan ikat jamin Sg$300,000.

Dalam kes berasingan beliau dan seorang lagi warga Singapura dituduh cuba merasuah tiga atau empat pemain daripada pasukan bola sepak tempatan, Recreation Club Singapore dalam Liga Singapura pada Julai 2014.

ARTIKEL YANG SAMA