‘Au Revoir’ Chelsea

‘Au Revoir’ Chelsea

LONDON, 10 Mac (AFP) – Zlatan Ibrahimovic meledak satu gol dan membantu satu lagi jaringan bagi membolehkan Paris Saint-Germain (PSG) melakar kemenangan 2-1 di Stamford Bridge malam tadi, untuk sekali gus menyingkirkan Chelsea daripada Liga Juara-Juara.

Dengan berbekal kemenangan 2-1 di pusingan pertama 16 terbaik, PSG meneruskan penguasaan apabila hantaran Ibrahimovic membenarkan Adrien Rabiot menyumbat masuk gol sebelum dia menemui sentuhan penyudah pada minit ke-67 bagi membenarkan pasukan menang dengan agregat 4-2.

Gol tunggal Chelsea dijaringkan Diego Costa pada minit ke-27.

Kemenangan itu membenarkan anak buah Laurent Blanc mara ke suku akhir untuk tahun keempat berturut-turut.

“Saya fikir kami sudah mengawal permainan dengan sangat baik dari awal hingga penghujungnya,” kata Blanc.

Aksi Ibrahimovic ketika menjaringkan gol kedua menembusi gawang daripada penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois dalam perlawanan pusingan kedua 16 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, London. – AFP
Aksi Ibrahimovic ketika menjaringkan gol kedua menembusi gawang daripada penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois dalam perlawanan pusingan kedua 16 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, London. – AFP

“Biarkan ketika kami mampu melaksanakannya, kami tidak terlalu bimbang. Kami mampu meneruskan usaha. Penguasaan itu secara tidak langsung memudahkan kami.”

Sepuluh mata ketinggalan daripada penghuni tangga keempat dalam carta Liga Perdana Inggeris, harapan Chelsea untuk layak ke Liga Juara-Juara tampak tipis dan peluang terbaik bagi mencerahkan musim mereka ialah di suku akhir Piala FA menentang Everton, Sabtu ini tatkala Costa dan Eden Hazard dibelenggu kecederaan.

“Mereka kelab yang bagus tetapi kami juga berdepan beberapa peluang. Pada minit ke-67 semuanya berubah,” kata pengurus sementara Chelsea Guus Hiddink.

“Ia musim yang sukar. Kami hampir panik mengenai penyingkiran ketika saya tiba di sini tetapi ia juga sukar untuk menganjak ke kedudukan keempat.”

Tumpuan sebelum perlawanan banyak diberikan kepada Costa dan Ibrahimovic dan ternyata ia memihak kepada pemain Sweden itu yang membolehkan juara Perancis berkenaan membalas dendam selepas disingkirkan Chelsea pada 2014.