Aubameyang impikan gelaran

Aubameyang impikan gelaran

BERLIN, 28 Julai – Bintang penyerang Pierre-Emerick Aubameyang menyasarkan gelaran musim depan bersama Borussia Dortmund, yang membelanjakan 117 juta euro (AS$128.5 juta) untuk lapan pemain baru bagi mengatasi cengkaman Bayern Munich di Jerman.

Aubameyang, 27, dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City kendalian Pep Guardiola, tetapi lebih banyak bertenang dengan sebarang spekulasi apabila menyatakan dia mahu memenangi gelaran bersama Dortmund, di mana dia memiliki kontrak sehingga 2020.

Bayern memenangi gelaran Bundesliga bagi empat musim lalu berturut-turut dan menghadapi Dortmund untuk gelaran Piala Super Jerman pada 14 Ogos.

Borussia, yang menamatkan tangga kedua dalam kelompok pasukan teratas Jerman musim lalu, telah menjual pertahanan Mat Hummels kepada Bayern Munich, sementara llkay Gundogan dan Henrikh Mkhitaryan masing-masing menyertai Manchester City dan United.

Tetapi Dortmund telah menandatangani pemain midfield Andre Schuerrle dari Wolfsburg dan Mario Goetze, yang kembali selepas tiga tahun bersama Bayern sebagai sebahagian daripada tambahan baru.

Aubameyang menyasarkan gelaran Bundesliga bersama Dortmund musim depan. – AFP
Aubameyang menyasarkan gelaran Bundesliga bersama Dortmund musim depan. – AFP

“Saya mahu memenangi gelaran musim ini bersama Goetze dan Schuerrle dalam pasukan ini,” Aubameyang memberitahu majalah Sports Bild. “perpindahan mereka menarik. Mereka akan melakukan yang terbaik dan potensi adalah besar. Tujuan kami adalah untuk memenangi sekurang-kurangnya satu gelaran,” tambah pemain terbaik Afrika itu.

Penyerang Gabon itu menjaringkan 39 gol dalam semua perlawanan musim lalu ketika Dortmund menjaringkan 82 kali dalam pasukan kelompok teratas Jerman, kelebihan dua gol berbanding juara Bayern.

Di samping pemenang Piala Dunia, Goetze dan Schuerrle, Dortmund membawa Marca Bartra dari Barcelona, Sebastian Rode dari Bayern, Emre Mor dari Mordsjalland, Denmark, Ousmane Dembele dari Stade Rennes, Mikel Merino dari Osasuna dan Raphael Guerrerio dari FC Orient.

“Kami telah menandatangani ramai pemain muda dan mereka adalah berbakat besar,” kata Aubameyang. “Dortmund adalah laluan yang tepat untuk memenangi gelaran,” tambah penyerang itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA