Aubervilliers – pasaran pakaian buatan China

Aubervilliers – pasaran pakaian buatan China

AUBERVILLIERS, Perancis, 10 Mei (AFP) – Barisan kereta sedan kelihatan janggal yang diletakkan di pinggir bandar kelas kerja Paris tetapi inilah Aubervilliers, ibu negeri pakaian buatan China di Eropah di mana para peniaga baru-baru ini membuka pusat pakaian terbesar benua.

Pelbagai pakaian ditawarkan di bandar ini di utara ibu negara Perancis di mana beberapa generasi penduduk China telah menetap – dan ada di antara mereka memperoleh keuntungan besar.

Pembeli-belah boleh memilih sut segak yang sedia dipakai dengan harga 40 euro di kedai utama atau satu pek sarung kaki murah di pasar raya, sementara pemilik gerai di tepi jalan menawarkan kasut sukan.

“Di sini, anda boleh menemui segalanya pada sebarang harga,” kata Min, seorang pekerja yang datang dari China enam tahun lalu, tatkala beliau menolak pedati yang dipenuhi dengan kotak dan beg untuk dihantar kepada pemborong.

“Orang datang dari seluruh Eropah,” kata beliau, sendiri berpakaian jeans dan jaket hitam. “Ia adalah antarabangsa.”

Di Aubervilliers, para pembeli boleh memilih sut segak yang sedia dipakai dengan harga 40 euro di kedai utama atau satu pek sarung kaki murah di pasar raya, sementara pemilik gerai di tepi jalan menawarkan kasut sukan. – AFP
Di Aubervilliers, para pembeli boleh memilih sut segak yang sedia dipakai dengan harga 40 euro di kedai utama atau satu pek sarung kaki murah di pasar raya, sementara pemilik gerai di tepi jalan menawarkan kasut sukan. – AFP

Di belakang Min, pelanggan dan pekerja bersesak-sesak di antara van yang diletak bersebelahan tatkala mereka masuk keluar dari kedai dengan tanda isyarat dan, ada kalanya, nama seperti “Glam Couture,” “Projek Bisou,” “La Bottine Souriante” dan “Miss Baby Hot Bottom.”

Apabila Pusat Fesyen baru – dijangka menghasilkan lebih banyak pekerjaan – dibuka secara rasmi pada akhir Mac, ia menjadi pasaran terbesar di Eropah, memintas pasaran yang sama di Duesseldorf di Jerman.

“Aubervilliers telah menjadi salah satu tempat paling penting untuk perniagaan dan tukaran dengan China di seluruh Eropah,” kata datuk bandar, Pascal Beaudet. “Maka kami perlu menganjur apa yang patut dan itulah yang sedang kami lakukan.”

“Untuk mereka yang bekerja dalam industri pakaian, Aubervilliers adalah amat penting,” kata Gaetan Le Gorre, 37, sambil mengawasi pekerja yang memunggah muatan dari vannya dengan satu kargo jeans yang dibeli daripada pemborong tempatan.

Le Gorre, dari rantau Brittany di barat laut Perancis, menjual pakaian di pasar jalan dan datang “sekurang-kurangnya sekali seminggu” untuk menyimpan stok apa yang digelarnya “pakaian Chinatown yang sedia dipakai.”

“Saya memilih pakaian, saya menjalankan perniagaan barter. Di sini anda mempunyai segalanya, tetapi anda perlu tahu caranya.”

ARTIKEL YANG SAMA