Audi A4 tampil lebih elegen

Audi A4 tampil lebih elegen

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – TCY Motors Sdn Bhd telah menambah barisan model kereta mewah jenama Audi edarannya dengan memperkenalkan Audi A4 yang boleh disaksikan di Bilik Pameran Audi, Kiarong. Model baru ini mengetengahkan enjin yang lebih berkuasa dengan 2.0 TFSI dikuasakan Audi Ultra developing.

Ia juga mengekalkan reka bentuk yang elegan dengan menggabungkan konsep kawalan inovatif yang akan memberikan keselesaan kepada pemandu serta dilengkapi dengan teknologi yang tinggi, sekaligus memberikan satu sintesis inovatif teknologi dan estetika.

Audi A4 mempunyai 0.23 best-in-class drag coefficient dan memiliki berat badan 120 kilogram (264.6lb) berbanding dengan model terdahulu. Ia juga dilengkapi dengan tiga enjin ekonomi empat silinder yang boleh mencapai sehingga 185 kW (252 hp) dan menggunakan proses pembakaran inovatif.

Selain itu, ia juga diberi sentuhan unit kuasa ekonomi yang akan mengurangkan penggunaan NEDC Sedan A4 baru itu kepada 4.8 liter bagi setiap 100 kilometer (49.0 US mpg) dan pelepasan CO2 kepada 109 gram setiap kilometer (175,4g/batu).

Keluaran Audi A4 terbaru oleh TCY Motors Sdn Bhd.
Keluaran Audi A4 terbaru oleh TCY Motors Sdn Bhd.

Audi A4 baru ini mempunyai pilihan teknologi yang luas dalam penampilan pertama mereka dalam model ini, seperti lampu LED, Audi Drive Select dengan mod Kecekapan, sports suspension with damping control, fly-by-wire gear shifter and a top of the line Bang & Olufsen 3D Sound System.

Dari segi keselamatan, A4 telah dianugerahkan pengiktirafan tertinggi dari kedua-dua Euro NCAP dan ujian keselamatan IIHS.

TCY Motors akan menawarkan Sedan Audi A4 baru dengan tiga varian enjin: 1.4 TFSI (150hp/250Nm), 2.0 TFSI ultra (190hp/320Nm) dan 2.0 TFSI Quattro (252hp / 370Nm) semua menggunakan 7-kelajuan dwi-klac transmisi S tronic. Saiz roda pula adalah 17″, 18″ dan 19″ berdasarkan varian enjin masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA