AUDI AG catat pertumbuhan tinggi

AUDI AG catat pertumbuhan tinggi

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – AUDI AG telah melanjutkan lagi permulaan kejayaannya dalam bulan Februari dengan penghantaran ke seluruh dunia telah meningkat 3.3 peratus dari tahun ke setahun sekitar 126,500 unit kenderaan.

Syarikat itu sekali lagi mencatat pertumbuhan tinggi di Eropah: meningkat 8.1 peratus sekitar 65,150 unit. Dan terkini Audi A4 baru mula diniagakan.

Jualan global bagi model saiz pertengahan turut meningkat sebanyak 5.3 peratus kepada sekitar 22,650 unit pada Februari.

Bagi keseluruhan portfolio keempat-empat rangkaian, jualan sejak permulaan tahun ini berjumlah sekitar 269,650 unit, satu pertambahan sebanyak 3.6 peratus berbanding dengan 2015.

Audi A4 baru yang tidak lama lagi akan dipasarkan.
Audi A4 baru yang tidak lama lagi akan dipasarkan.

“Pertumbuhan ketara Audi di Eropah menunjukkan bahawa inisiatif model kami mendapat keuntungan. Kami sudah menerima lebih 130,000 tempahan bagi A4 baru,” kata Anggota Lembaga Pengurusan bagi Penjualan dan Pemasaran AUDI AG, Dietmar Voggenreiter.

“Tambahan lagi, kami akan terus memperkukuhkan kedudukan kami dalam pasaran SUV yang semakin mendapat permintaan dengan tiga model tambahan 2016: Audi Q2, Q7 e-tron* dan SQ7*.”

Model Q7 e-tron diesel hibrid dijangka akan memasuki bilik pameran pengedar Eropah pada musim panas ini, bersama dengan SQ7 sebagai satu model SUV sporty bersaiz penuh.

SUV rekaan baru, Audi Q2, dijangka akan menyusul dari suku keempat. Permintaan global bagi jenis SUV Audi masa kini meningkat sebanyak 12.5 peratus kepada sekitar 37,900 penghantaran pada Februari.

ARTIKEL YANG SAMA