Audi capai rekod jualan 1.8 juta

Audi capai rekod jualan 1.8 juta

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Audi AG baru-baru ini mencapai rekod jualan baru pada 2015 berbanding 2014 di mana penghantaran ke seluruh dunia meningkat sebanyak 3.6 peratus kepada kira-kira 1,80.,250 buah kereta.

Jumlah ini berjaya dicapai walaupun kereta A4, Q7 dan R8 yang baru belum lagi dipasarkan di seluruh dunia.

Pengedar tunggal Audi di negara ini, TCY Motor Sdn Bhd dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini mengesahkan perkara itu.

Menurut kenyataan itu lagi, di Eropah dan China, Audi mengesahkan kedudukannya sebagai jenama premium yang paling berjaya; di Amerika Syarikat, jenama Audi itu meningkat pada kadar dua kali ganda pasaran.

Pada bulan Disember, sekitar 158,450 pelanggan di seluruh dunia memilih sebuah Audi, peningkatan sebanyak 5.6 peratus.

Audi A3 Sedan.
Audi A3 Sedan.

“Dengan jualan sebanyak 1.8 juta, kami telah melepasi sasaran yang ditetapkan dalam strategi kami 2015 iaitu sebanyak 1.5 juta kereta dengan 300,000 penambahan,” kata Rupert Stadler, Pengerusi Lembaga Pengurusan Audi AG.

“Tahun 2015 telah membuktikan bahawa Audi adalah teguh di landasan yang betul dan kita mampu menguasai dan mengharunginya dengan pelbagai cabaran dengan jayanya.”

Mengenai perkembangan di kawasan jualan, ketua jualan Dietmar Voggenreiter menjelaskan: “Di Asia, kami sangat fleksibel dengan kadar pasaran yang perlahan dan konsisten menambah aktiviti perniagaan kami ke arah pasaran yang sihat dan menguntungkan.

Dengan pencapaian pasaran yang kukuh di Amerika Syarikat dan kejayaan pelancaran model kereta inisiatif kami di Eropah, adalah asas-asas bagi kemajuan Audi di masa mendatang “

Generasi baru model utama Audi sedang dalam pelancaran sedikit masa lagi. Generasi baru model A4 Audi yang laris dijual telah dilancarkan di Eropah pada November 2015. Ia juga akan muncul dalam pasaran luar negara tahun ini.

Terdapat di Eropah sejak Jun 2015, Q7 baru akan meraikan tayangan perdana di China pada akhir tahun ini, lebih awal dari pasaran di Amerika Syarikat dan pasaran utama yang lain pada 2016.

Seluruh model SUV Audi sekali lagi meningkat pada tahun 2015, mendapat 6.0 peratus di semua model Audi Q kepada sekitar 537,950 kereta di seluruh dunia.

A3 dan variannya menyumbang kepada pertumbuhan Audi dengan peningkatan jualan sebanyak 20.3 peratus kepada kira-kira 372,750 unit. Tambahan pula, dengan penghantaran sekitar 29,950 unit (+ 87.0%), model Audi TT menjadi kereta ‘sport kompak’ paling laris dalam pasaran premium.

ARTIKEL YANG SAMA