Audi dilengkapi tapisan udara baru

Audi dilengkapi tapisan udara baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – Bermula Jun ini, model-model kereta ‘compact’ Audi akan dilengkapi dengan penapis baru dalam sistem penyaman udaranya yang bukan sahaja menghapuskan habuk yang halus dan gas-gas berbahaya daripada udara, ia juga meneutralkan majoriti daripada semua penyebab alahan.

Penapis penyaman udara baru ini akan digunakan dalam siri-siri model Audi A1, A3, Q3 dan TT bermula Jun. Sementara model Audi Q2 pula akan dilengkapi dengan penapis itu pada pelancaran pasaran.

Menurut kenyataan di sini, para pelanggan yang memiliki kereta model masing-masing juga boleh dipasangkan penapis baru itu sebagai sebahagian daripada jadual perkhidmatan mereka.

Penapis itu tersedia dalam dua versi, setiap penapis mempunyai tiga lapisan. Apa yang membuatnya istimewa ialah lapisan baru di luar, yang sekarang mempunyai kesan anti-alahan tambahan.

Satu versi mengurangkan alahan daripada sumber tumbuhan, bahan-bahan bioaktif yang digelar polifenol, yang melekat pada reseptor bahan alergi, manakala versi yang satu lagi menggunakan suatu pengubahsuaian struktur protein untuk mencapai kesan yang diingini.

Audi Q2 yang dilengkapi dengan sistem tapisan udara baru.
Audi Q2 yang dilengkapi dengan sistem tapisan udara baru.

Ujian-ujian bebas yang dijalankan oleh institusi-institusi ujian khas seperti SGS Fresenius, yang menguji sifat-sifat alahan, dan Fiate GmbH, telah menguji ciri-ciri penapis, mengesahkan keberkesanan tinggi penapis terbaru pada Audi itu.

Dua lapisan yang berada dalam penapis sedia ada juga membuat sumbangan ketara terhadap kualiti udara tinggi di ruang dalam kereta yang mana lapisan penapisnya dibuat daripada mikrofiber khas yang menghapuskan habuk paling kecil daripada udara dan kesemua kotoran gas terperangkap dalam lapis karbon yang diaktifkan.

Satu siri penilaian menyeluruh mendokumenkan keberkesanan tinggi sistem penapisan itu, yang mana susunan lapisan memastikan prestasi pemisahan tertunggak dan pemprosesan penyaman udara sepanjang hayat penapis itu.

Dengan penapis baru ini, Audi menetapkan satu standard baru seluruh dunia dalam segmen ‘premium compact’.

ARTIKEL YANG SAMA