Audi kekalkan kecemerlangan

Audi kekalkan kecemerlangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Tinjauan pembaca majalah Auto Zeitung merumuskan jenama kereta Audi sebagai jenama yang paling berjaya, selepas membolot lima anugerah pada ‘Trophy Auto 2015’ tahun ini.

Pada majlis anugerah itu, empat daripada trofi kemenangan menjadi milik model Audi A1, Audi A3, Audi Q7 dan Audi R8. Jenama dengan empat gelang itu juga mengungguli bagi kategori ‘Best Design Worldwide’.

“Kami telah muncul dengan empat model utama kami, Audi A1, Audi A3, Audi model SUV Q7 dan kereta super Audi R8. Kami benar-benar gembira dengan kejayaan tersebut, yang memperlihatkan usaha kami bagi pengeluaran kereta dengan reka bentuk setiap bahagian dalaman dan perincian yang sangat menarik”

“Atas dasar itu, kami juga sangat yakin tentang kejayaan berterusan model inisiatif Audi,” kata Pengerusi Lembaga Pengurusan AUDI AG, Rupert Stadler, pada majlis anugerah yang diadakan di Hamburg Cruise Center Altona.

Antara Jenama kereta Audi, R8 dan Q7 yang memenangi anugerah di ‘Trophy Auto 2015’.
Antara Jenama kereta Audi, R8 dan Q7 yang memenangi anugerah di ‘Trophy Auto 2015’.

Stadler menerima trofi anugerah bagi Audi Q7, sementara itu, Ahli Lembaga Pengurusan untuk Jualan dan Pemasaran, Dr. Dietmar Voggenreiter pula menerima bagi anugerah model Audi A3.

Ahli Lembaga Pengurusan Pengeluaran, Prof. Dr. Hubert Waltl pula menerima bagi trofi Audi A1 dan trofi anugerah Audi R8 diterima oleh Pengarah Urusan Quattro GmbH, Heinz Hollerweger.

Trofi anugerah istimewa untuk ‘Best Design Worldwide’ pula diterima oleh Ketua Reka Bentuk di AUDI AG, Marc Lichte.

Audi kekal dengan kejayaannya mempertahankan kedudukan teratas seperti yang dicapainya pada tahun 2014.

ARTIKEL YANG SAMA