Audi mulakan tahun baru dengan rekod jualan

Audi mulakan tahun baru dengan rekod jualan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb – Menurut kenyataan akhbar dari TCY Audi, Brunei, dengan jualan pecah rekod pada tahun lalu, AUDI AG terus berkembang pada tahun 2016.

Dengan kira-kira 143,150 unit, syarikat itu berjaya meningkatkan penghantaran global tahun ke tahun sebanyak 4 peratus pada Januari.

Permintaan Audi di Eropah menunjukkan petanda yang positif dengan jualan meningkat sebanyak 6.5 peratus kepada kira-kira 59,900 kereta.

Model SUV jenama itu sekali lagi membuktikan menjadi pemacu pertumbuhan global. Jualan kumulatif Audi Q3, Q5 dan Q7 sekitar 46,350 unit adalah sebanyak 20.3 peratus meningkat dari tahun sebelumnya.

“Kami memulakan tahun baru dalam laluan yang baik dan menghantar lebih banyak kereta berbanding sebelumnya dalam bulan Januari,” kata Ahli Lembaga Pengurusan Jualan dan Pemasaran di AUDI AG, Dietmar Voggenreiter.

Model Audi Q7 yang terbaru.
Model Audi Q7 yang terbaru.

“Kami telah mendapat pelanggan baru di benua Amerika, Eropah dan Asia, yang menunjukkan keseimbangan strategi kami dalam pertumbuhan. “

Di Amerika, jenama empat Audi menghantar sekitar 16,600 unit pada Januari, 2.5 peratus meningkat daripada tahun sebelum ini. Audi Q7 baru tiba di seluruh pengedar di Amerika Syarikat pada bulan Januari dan kini boleh didapati di semua rantau dunia. Penghantaran SUV dalam pasaran AS meningkat sebanyak 165.5 peratus iaitu 2,336 unit.

Jenama kereta berkelajuan tinggi Audi Sport, Audi R8 baru, juga ditunggu-tunggu di Amerika Syarikat. Model Audi Sport itu terus membina kejayaan mereka yang mana pada tahun 2015, pembuat kereta itu menjual lebih 17,000 model RS dan model R di seluruh dunia, meningkat sebanyak 13 peratus tahun ke tahun.

Di Eropah, Audi Q7 berjaya menggandakan jualannya setiap bulan sejak dikelnalkan dalam pasaran pada bulan Jun lalu. Pada bulan Januari, penghantaran model ini di rantau ini meningkat tiga kali ganda iaitu kepada kira-kira 3,150 unit.

Selain daripada SUV, Audi A5 juga memacu pertumbuhan iaitu sekitar 3,350 pelanggan, dengan 15.3 peratus lebih banyak daripada bulan Januari 2015. Permintaan untuk model Audi juga menunjukkan perkembangan positif dalam pasaran utama Eropah lain.

Di China, Audi menghasilkan kejayaannya pada permulaan tahun ini. Di sini, syarikat itu menyaksikan peningkatan jualan sebanyak 6.2 peratus kepada 54,402 kereta.

Audi Q5 membuktikan pemacu pertumbuhan yang sangat kuat dalam pasaran ini. Pada 11,670 unit, permintaan untuk saiz SUV itu meningkat sebanyak 33.4 peratus dalam pasaran China.

ARTIKEL YANG SAMA