Audi Q2 menan...

Audi Q2 menang anugerah emas di Jerman

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Kereta jenama Audi Q2 telah memenangi emas dalam Anugerah Reka Bentuk Jerman pada satu majlis penganugerahan yang diadakan di Frankfurt am Main, Jerman, di mana kereta kompak SUV berkenaan memperoleh anugerah tertinggi bagi “Reka Bentuk Pengeluaran Cemerlang- Pengangkutan.”

Menurut kenyataan di sini, pihak juri mengatakan, “Audi Q2 memberikan kejutan dengan reka bentuk yang bebas sepenuhnya dan bukan sesuatu reka bentuk yang dikecilkan daripada versi kereta Audi yang lebih besar.”

Menurut rumusan juri, “SUV terbaru ini menampilkan dirinya sebagai sebuah automobil dengan perkadaran seimbang yang menawarkan ruang yang besar bagi kelasnya. Kereta elegan ini mempunyai potensi sebagai pemacu trend.”

Reka bentuk poligon Audi Q2 membawa aspek-aspek baru terhadap jenama Audi. Pada bahagian hadapan, satu imej kukuh direka dengan gril bingkai tunggal dalam reka bentuk oktagon yang diletakkan pada kedudukan tinggi dan juga saluran udara masuk yang besar. Di bahagian sayapnya pula Audi Q2 direka dengan bentuk poligon.

Audi Q2 yang dijangka akan berada di pasaran Brunei pada bulan Mei ini.
Audi Q2 yang dijangka akan berada di pasaran Brunei pada bulan Mei ini.

“Reka bentuk jenama yang ketat dengan produk-produk kukuh dan bebas – itulah sasaran kami dalam strategi reka bentuk kami,” ujar Ketua Reka Bentuk Audi, Marc Lichte.

“Oleh itu, saya dengan besar hati untuk menerima bukan sahaja tindak balas pelanggan yang luar biasa namun juga pengiktirafan daripada juri-juri pakar bebas.”

Anugerah Reka Bentuk Jerman dipersembahkan oleh Majlis Reka Bentuk Jerman dan adalah salah satu pertandingan yang paling berprestij dalam industri reka bentuk. Dengan penganugerahan itu, panel-panel juri antarabangsa mengiktiraf produk-produk dan projek-projek inovatif yang membawa kemajuan baru di Jerman dan rekaan dunia antarabangsa.

ARTIKEL YANG SAMA