Audi Q5 dapat rating tertinggi keselamatan

Audi Q5 dapat rating tertinggi keselamatan

HERNDON, Virginia, 19 Mei – Audi Q5 2016 apabila dilengkapi dengan pakej Bantuan Pemandu yang disediakan, dan dihasilkan selepas Januari 2015, telah meraih perkadaran tertinggi 2015 Top Safety Pick+, dari Institusi Insurans Keselamatan Lebuh Raya (IIHS).

Audi Q5 2015 baru-baru ini menjalani ujian Kemalangan Small Overlap Front Crash IIHS dan telah menerima perkadaran ‘bagus’ tertinggi.

Q5 yang serba boleh adalah model jenama Audi yang paling laris jualannya. Ia memaparkan pembuatan rangka penuh besi dengan bumbung dan pintu but aluminium, diperlihatkan dalam pengkadaran ‘baik’ model ini dalam kesemua ujian kemalangan institusi ini.

Jenama Audi menumpu pada meningkatkan standard bagi kejuruteraan automotif mengajukan pengembangan kriteria bagi ujian kemalangan pengguna seperti yang ditetapkan oleh IIHS.

Audi telah meraih perkadaran tertinggi Top Safety Pick+ dari Institusi Insurans Keselamatan Lebuh Raya (IIHS).
Audi telah meraih perkadaran tertinggi Top Safety Pick+ dari Institusi Insurans Keselamatan Lebuh Raya (IIHS).

Pakej Bantuan Pemandu yang ada, apabila dipasang, membolehkan Audi Q5 mendapat rating ‘Advance’ bagi pencegahan kemalangan hadapan.

Pakej Bantuan Pemandu termasuklah kawalan brek Audi, kawalan kelajuan sederhana yang disesuaikan dengan fungsian berhenti & jalan, pengemudian dinamik dan kawalan pilih pandu Audi.

Pakej ini tersedia pada model pilihan Audi Q5 yang dilengkapi dengan enjin 3.0L TFSI dan 3.0L TDI.

Audi Q5 masih model Audi yang terlaris di Brunei sejak 2010, dilengkapi dengan enjin 2.0 TFSI penjimatan minyak dan standard pemanduan empat roda quattro® bagi cengkaman dan pengendalian hebat.