Audi R18 bakal kuasai Le Mans

Audi R18 bakal kuasai Le Mans

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Meskipun Audi mempunyai bahan api yang kurang dalam jenteranya dan kurang daripada para pesaingnya seperti yang ditetapkan oleh peraturan berbanding sebelumnya, jentera Audi R18 LMP mampu untuk bersaing bagi tempat teratas pada 18 dan 19 Jun ini.

Dalam penyertaan ke-18 Audi dalam perlumbaan Le Mans sejak 1999, Audi telah memenangi perlumbaan 24 jam itu sebanyak 13 kali dan tahun ini, perlumbaan klasik daya tahan itu boleh dikatakan lebih mencabar daripada sebelum ini.

Ketua Audi Motorsport, Dr. Wolfgang Ullrich dipetik sebagai berkata, “Kami telah melihat sejauh mana cabaran-cabaran pada Kejohanan Daya Tahan Dunia FIA (WEC) tahun ini.”

Audi akan bersaing bersama pesaing-pesaing hebat dan memenangi pusingan kedua di Spa (Belgium) bersama pemandu-pemandunya Lucas di Grassi/Oliver Jarvis (BR/F/GB) serta mencatat masa terbaik dalam hari ujian di Le Mans pada 5 Jun bersama Grassi.

“Bagaimanapun, ia masih awal untuk mengatakan kemenangan berdasarkan ini pada perlumbaan di Le Mans. Kami amat menghormati lawan-lawan hebat kami,” ujar Dr. Ullrich dipetik sebagai berkata.

Audi R18 LMP yang berlumba dalam perlumbaan Le Mans.
Audi R18 LMP yang berlumba dalam perlumbaan Le Mans.

Setiap tiga pengeluar kereta bersaing bagi kemenangan keseluruhan dengan kereta sport hybrid mereka. Keadaan di Le Mans berbeza berbanding pusingan WEC di Silverstone (United Kingdom) dan di Spa (Belgium).

Tiada siapa pun boleh membuat latihan di litar sepanjang 13.629 kilometer itu memandangkan litar itu termasuk jalan-jalan awam dan hanya ditutup pada hari ujian dan minggu perlumbaan.

Lucas di Grassi telah mencatat purata kelajuan hampir 244 kilometer sejam pada hari ujian. Audi akan berlumba dengan aerodinamik khas bagi perlumbaan itu.

ARTIKEL YANG SAMA