Audi SQ7 TDI menang anugerah inovasi 2016

Audi SQ7 TDI menang anugerah inovasi 2016

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Kereta Audi SQ7 TDI baru telah memenangi “Anugerah Inovasi Kereta 2016” anjuran majalah kereta Britain Autocar di Silverstone, England semalam kerana penyelesaian teknikalnya yang cemerlang.

Mesin pemampat ini menyokong kerja-kerja dwi turbo terutamanya ketika meligat dan menjamin dinamik maksimum tanpa bebatan turbo. Asas prestasi tinggi adalah subsistem elektrik 48 volt, yang juga memberikan tenaga untuk sistem kawalan suspensi aktif elektromekanik.

Tidak ada apa-apa yang dapat dibandingkan dengan sistem kawalan suspension aktif elektromekanik dalam kalangan pesaingnya. Sistem ini mengurangkan kecondongan sisi kereta dan membuka laluan kepada pengendalian yang mantap dan kukuh.Hasilnya kereta kurang bergolek di selekoh.

SQ7 TDI mencatat pemecutan lateral yang lebih tinggi dan membelok dengan lebih cepat. Sistem kawalan suspensi aktif elektromekanik, seperti pemampat menggunakan elektrik (EPC) menerima tenaganya daripada subsistem elektrik 48 volt baru.

SQ7 TDI adalah Audi pertama yang memaparkan sistem voltan prestasi tinggi ini. Penukar DC/DC menyambungkan subsistem elektrik 48 volt kepada sistem elektrik 12 volt.

Kereta Audi SQ7 TDI baru telah memenangi ‘Anugerah Inovasi Kereta 2016’ anjuran majalah Autocar.
Kereta Audi SQ7 TDI baru telah memenangi ‘Anugerah Inovasi Kereta 2016’ anjuran majalah Autocar.

Untuk memenuhi keperluan tenaga yang tinggi dan keperluan tenaga jangka pendek, sistem kawalan suspensi aktif elektromekanik dan pemampat yang menggunakan elektrik, terdapat bateri litium-ion 48 volt yang berasingan untuk subsistem elektrik di bawah petak bagasi. Output maksimumnya adalah sehingga 13 kilowat.

Autocar memberikan penghargaan kepada Vorsprung durch Technik dengan “Anugerah Inovasi” kerana perkembangan teknikal yang cemerlang.

ARTIKEL YANG SAMA