Audi tingkat ‘kehebatan’ A4 S line Competition

Audi tingkat ‘kehebatan’ A4 S line Competition

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – T.C.Y. Motors sebagai penjual dan pengimport tunggal Audi memperkenalkan satu lagi varian yang menarik dalam barisan Audi A4 — S line Competition.
Eksklusif dari quattro GmbH yang mengkhusus dalam prestasi tinggi Audi model S/RS dan komponennya, S line Competition menawarkan karakter sportif yang dipertingkatkan kepada julat A4 dengan sorotan dinamik daripada bahagian luaran sehingga dalaman.

S line Competition bagi kedua-dua Sedan dan Avant memaparkan cermin sisi, kekisi radiator Singleframe, bingkai bumbung, side skirts dan bingkai rear diffuser dalam hitam berkilat. Susur bumbung bagi model Avant (station wagon) juga akan memaparkan warna hitam berkilat.

Bahagian dalaman memaparkan instrumen utama kluster dalam piano black finish yang disempurnakan dengan pedal peranjak gear aluminium di belakang tayar S line multi-fungsi dan stereng tayar keluli kalis karat (brek dan pemecut).

S line Competition dilengkapi dengan quattro GmbH eksklusif tayar Audi Sport aluminium dalam reka bentuk 5-V-spoke dengan rupa matt titanium, dan berkilat.
Audi A4 S line Competition kini boleh didapati bagi penelitian dari dekat di bilik pameran Audi Kiarong yang kini turut dibuka pada Ahad mulai 10 pagi sehingga 2 petang.

Audi A4 S line Competition kini boleh didapati di bilik pameran Audi Kiarong.
Audi A4 S line Competition kini boleh didapati di bilik pameran Audi Kiarong.

ARTIKEL YANG SAMA