Audi TT baru lebih moden

Audi TT baru lebih moden

Oleh Rafidah Jumat

Gambar oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – T.C.Y Motors Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan jenama Audi di negara ini, telah memperkenalkan model terbaru Audi TT dan TTS dalam sidang media yang diadakan di bilik pamerannya, di Kiarong, hari ini.

Penerangan mengenai model generasi ketiga yang pernah ditampilkan dalam filem Transformers: Age Of Ultron, itu telah disampaikan oleh Eksekutif Pemasaran T.C.Y Motors, John Tan.

Reka bentuk model generasi ketiga ini, tampak lebih dinamik dengan lampu LED atau teknologi Matrix LED.

Lampu utama dan belakang direka dengan corak pembahagi yang mengeluarkan lampu pemanduan siang, memberikan penampilan lebih moden.

Rangkanya pula menggambarkan tahap evolusi baru Audi Space Frame (ASF), dengan semua rangka dalaman dan komponen rangka luarannya diperbuat daripada aluminium, menjadikannya lebih ringan berbanding model-model sebelumnya.

Reka bentuk model generasi ketiga AUDI TTS baru.
Reka bentuk model generasi ketiga AUDI TTS baru.
Sidang media turut menunjukkan video mengenai kereta keluaran Audi yang baru itu.
Sidang media turut menunjukkan video mengenai kereta keluaran Audi yang baru itu.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Corak inovasi ditampilkan Audi melalui siri TTnya.
Corak inovasi ditampilkan Audi melalui siri TTnya.

“Audi TT, 50 kilogram lebih ringan berbanding Generasi TT sebelum ini dan keluaran beberapa syarikat permotoran gergasi yang lain,” ujar John Tan.

Untuk pasaran Brunei, TT baru ini didatangkan dengan enjin 2.0 TFSI dengan transmisi S Tronic enam kelajuan, dan kuasa kuda 230 serta tork 370Nm.

Sementara itu, pengurusan klacnya digabungkan ke dalam ciri-ciri Audi Drive Select lima mod yang membolehkan pemandu mengawal operasi modul-modul teknologi utama dalam pelbagai mod berbeza.

Bagi bahagian dalamannya pula, Audio Virtual Cockpit menggantikan kluster instrumen analog dan monitor MMI, di mana pemandu boleh menukar paparan 12.3 inci di antara dua mod berlainan, iaitu klasik dan mod Infotainment.

ARTIKEL YANG SAMA