Auntie Anne’s perkenal produk baru

Auntie Anne’s perkenal produk baru

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Auntie Anne’s telah memperkenalkan produk terbarunya iaitu Red Almond Crunch Nugget yang mula menemui para peminat di kesemua cawangannya, di sini, hari ini.

Snek ini dihasilkan daripada doh asli berwarna merah Auntie Anne’s, yang diadunkan dengan vanila dan rasa koko, serta lapisan badam rangup sebelum dihidangkan bersama celupan keju.

Selain daripada itu, Auntie Anne’s juga akan mengadakan hari Pretzel percuma, yang diadakan pada setiap tahun bermula 2003 di Pennsylvania dan terus menjadi tradisi termasuk Auntie Anne’s di Brunei Darussalam sejak 2014.

Ia merupakan cara mereka untuk menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada pelanggan yang terus setia menyokong dan menggemari produk-produk yang diperkenalkan oleh Auntie Anne’s.

Warga Auntie Anne’s Freshco bersama poster terbaru promosi Auntie Anne’s.
Warga Auntie Anne’s Freshco bersama poster terbaru promosi Auntie Anne’s.
Red Almond Crunch Nugget hidangan baru Auntie Anne’s yang diperkenal kelmarin.
Red Almond Crunch Nugget hidangan baru Auntie Anne’s yang diperkenal kelmarin.

Baru-baru ini, Auntie Anne’s turut membuka cawangan ketiganya di Kuala Belait dan kesemua cawangan ini akan mengadakan Hari Pretzel Percuma pada 4 Disember ini bermula pada jam 2 petang hingga 7 malam.

Pada hari itu, pengunjung akan menerima beberapa jenis pretzel pilihan termasuk ‘Cinnamon Sugar Pretzel’. Oleh itu, Auntie Anne’s mengalu-alukan orang ramai untuk turut serta dalam acara itu di kesemua cawangannya di Freshco, Pusat Membeli-belah Times Square dan Pusat Membeli-Belah KBSentral.

ARTIKEL YANG SAMA