Auntie Anne’s perkenal produk terbaru

Auntie Anne’s perkenal produk terbaru

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Auntie Anne’s, hari ini, telah memperkenalkan produk terbarunya iaitu Nutella Chocolate Hazelnut Stix dan Iced Mocha yang mula menemui para penggemarnya di kesemua cawangannya, di sini.

Snek ini dihasilkan daripada doh asli dengan inti Coklet Nutella Hazelnut, serta lapisan badam rangup.

Iced Mocha pula merupakan minuman gabungan coklat dan kopi yang dikisar dengan ais, serta dihias dengan krim.

Produk terbaru ini boleh didapati di cawangannya di Kompleks Membeli-belah Times Square, Freshco Batu Satu dan Kompleks Membeli-belah KBSentral.

Dalam pada itu, Auntie Anne’s juga akan melancarkan satu lagi produk terbaru tidak lama lagi.

Iced Mocha dan Nutella Chocolate Hazelnut Stix gabungan yang pastinya menjadi minat pencinta pretzel.
Iced Mocha dan Nutella Chocolate Hazelnut Stix gabungan yang pastinya menjadi minat pencinta pretzel.

ARTIKEL YANG SAMA