Auntie Anne’s perkenal produk terbaru

Auntie Anne’s perkenal produk terbaru

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Kedai pastri Auntie Anne’s kini memperkenalkan produk terbarunya iaitu ‘Pretzel Stromboli’ yang boleh didapati bermula esok (1 April) di kesemua cawangannya.

Pretzel terbaru ini digabungkan dengan kepingan pepperoni dan tiga jenis keju iaitu mozzarella, parmesan dan cheddar yang enak dan mengenyangkan dengan hanya satu hidangan.

Produk terbaru ini boleh didapati pada harga yang perpatutan di Pusat Membeli-Belah Times Square, Freshco Batu Satu dan Pusat Membeli-Belah KBSentral.

Pretzel Stromboli yang kini sudah berada di pasaran.
Pretzel Stromboli yang kini sudah berada di pasaran.

ARTIKEL YANG SAMA