Auntie Anne’s tambah produk baru

Auntie Anne’s tambah produk baru

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Feb – Kedai pastri Auntie Anne’s sekali lagi memperkenalkan produk barunya iaitu ‘Almond Crunch Cream Cheese Stix’ yang mula menemui peminatnya di kesemua cawangannya.

Menggunakan adunan pretzels yang sama, gabungan manis dan masin serta tekstur tambahan keju dan krim, ia memberi suatu kelazatan berlainan yang perlu dicuba oleh semua peminat yang turut menyukai Auntie Anne’s Classic Stix.

Di samping itu, ia juga boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti strawberi, cip coklat dan krim keju dengan harga yang berpatutan.

Produk baru Auntie Anne’s itu boleh didapati di Pusat Membeli-Belah Times Square, Freshco Batu Satu dan Pusat Membeli-belah KBSentral.

Cream Cheese Stix dengan pelbagai perisa tambahan yang boleh didapati di kesemua cawangannya.
Cream Cheese Stix dengan pelbagai perisa tambahan yang boleh didapati di kesemua cawangannya.

ARTIKEL YANG SAMA