Auntie Anne’s tawar promosi cuti sekolah

Auntie Anne’s tawar promosi cuti sekolah

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Sempena musim cuti sekolah ini, Auntie Anne’s memberikan tawaran hebat untuk para pelanggannya iaitu promosi Beli 1 Percuma 1 bagi Pretzel Cinnamon yang terkenal di dunia.

Pelanggan boleh mendapat satu Pretzel Cinnamon secara percuma dengan pembelian satu pretzel Cinnamon pada harga biasa, yang mana promo ini sah di ketiga-tiga cawangan Auntie Anne’s di seluruh negara.

Selain pretzel Cinnamon, produk-produk popular Auntie Anne’s Brunei lain termasuk Chocolate Chips Pretzles perasa keju, peperoni, Pretzles Sosej Keju bersama produk Almond Choco Bola, Strawberry and Choco Cream Cheese Almond Stix dan bermacam-macam lagi.

Minuman lemonad dengan pelbagai perisa seperti epal, strawberi, laici dan lain-lain juga boleh didapati di Auntie Anne’s.

ARTIKEL YANG SAMA