Aura, Betatar juarai bola tampar

Aura, Betatar juarai bola tampar

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac – Pasukan Aura dari Tawau Sabah muncul juara Kejohanan Bola Tampar Kategori Lelaki selepas menewaskan Pasukan Rajawali dari Indonesia dengan kemenangan 3–1 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hasanal Bolkiah, Berakas, baru-baru ini.

Di tempat kedua pula disandang oleh Pasukan PSJD Ukong selepas mengalahkan Pasukan Sihat di tempat yang sama.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Naib Yang Di-Pertua Persatuan Bola Tampar Amatur Kebangsaan Brunei.

Sementara itu, dalam Kategori Wanita, Pasukan Betatar berjaya meraih tempat pertama, diikuti oleh Pasukan PVEB di tempat kedua dan Pasukan Putri Indonesia di tempat ketiga.

Kejohanan anjuran Pasukan Bola Jaring Spitfire dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Amatur Kebangsaan Brunei (BAVA) itu kali ini membukakan penyertaan kepada semua kelab, persatuan, pasukan bola tampar tanahair dan juga dari luar negara yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori wanita dan kategori lelaki.

Juara bahagian lelaki kejohanan tersebut.
Juara bahagian lelaki kejohanan tersebut.

Sebanyak lima pasukan wanita dan 10 pasukan lelaki yang mengikuti kejohanan ini.

Pasukan wanita terdiri daripada Pasukan Volyxx, Betatar VBT, Putri Indonesia, Revamp dan Phillipines Volleyball Elite Brunei.

Manakala pasukan lelaki terdiri daripada PSJD Ukong, Volyxx, Betatar VBT, Rajawali, Ika Wangi, Sehat, SNaaz Sdn Bhd, Phillipines Volleyball Elite Brunei (PVEB), Armed dan Aura.

Menurut pihak penganjur, selain menggunakan Dewan Serbaguna di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah sebagai lokasi perlawanan, terdapat satu lagi lokasi iaitu di Dewan Kompleks Sukan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Lapangan Terbang Lama, Berakas.

Penyertaan dan sambutan kejohanan kali ini juga sangat menggalakkan dengan adanya pasukan-pasukan dari negara-negara jiran seperti Sabah, Indonesia dan Filipina, menurut penganjur lagi.

Kejohanan Bola Tampar Kategori Wanita telah berlangsung dan akan disambung semula pada 26 Mac dan akan berakhir pada 2 April nanti.

ARTIKEL YANG SAMA