Aurora juara kejohanan bola jaring

Aurora juara kejohanan bola jaring

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Khairil Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Pasukan Happy Aurora mewakili Bahagian Perkhidmatan Pemakanan dan Asrama muncul juara dalam kejohanan Bola Jaring antara Bahagian-bahagian Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-perkhidmatan Tahun 2016 Kementerian Pendidikan anjuran seksyen perkhidmatan makanan dan seksyen asrama di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya, Berakas.

Happy Aurora menjulang kejuaraan dengan memperoleh 13 mata meninggalkan saingan rapatnya pasukan AU & AT daripada Bahagian Pengurusan, Perkembangan dan Bahagian Kenderaan dan Pengangkutan yang berjaya mengumpul 12 mata dan di tempat ketiga pula disandang oleh HoneyBees gabungan DA, Bahagian HSSE, DAH dan AD dengan lapan mata.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para peserta ialah Ketua ‘Establishment Department’, Pengiran Hajah Juliamah binti Pengiran Haji Omar Ali.

Tiga lagi pasukan yang menyertai kejohanan itu adalah daripada Jabatan Bahagian Kemudaan (Pretty Tough), Bahagian Perjawatan (AJ) dan Bahagian Perkhidmatan Kewangan dan Perbekalan (MAW).

Gambar ramai bersama pasukan yang menjuarai kejohanan bola jaring tersebut.
Gambar ramai bersama pasukan yang menjuarai kejohanan bola jaring tersebut.

Pada perkembangan lain di tempat yang sama turut berlangsung Kejohanan Futsal bagi bahagian lelaki yang dijuarai oleh Berinut FT yang berjaya mengumpul lima kemenangan, satu seri dengan mata penuh 13 mata untuk meninggalkan persaingannya yang lain.

Antara pasukan yang menyertai kejohanan futsal itu adalah pasukan Kebungkayangan (AM), Karih-Karih (AU), Cabuk-Cabuk Gawah-Gawah (Comb), Pencaruk (AK) dan Sauk-Sauk (MAW).

Bagi bahagian Futsal hadiah disampaikan oleh Ketua jabatan Kesihatan, keselamatan, kesejahteraan dan alam sekitar, Pengiran Nazrul Arif bin Pengiran Dato Paduka Haji Md Zain.

ARTIKEL YANG SAMA