Australia akan jadi pemegang saham terbesar di China

Australia akan jadi pemegang saham terbesar di China

CANBERRA, Australia, 24 Jun (Agensi) – Australia mengumumkan hari ini ia akan menjadi anggota pengasas bank serantau Asia pimpinan China dan pemegang saham keenam terbesarnya.

Menyertai Bank Pelaburan Infrastruktur Asia memberikan Australia peluang besar untuk bekerjasama dengan negara jirannya dan pasaran eksport terbesar, China, untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan, kata Menteri Luar Julie Bishop dan Bendahari Joe Hockey dalam satu kenyataan bersama.

“Ia memberikan peluang baru kepada Australia untuk menyertai 56 negara lain sebagai anggota pengasas dalam pembinaan infrastruktur asas untuk Asia, yang akan memudahkan lebih banyak perniagaan dalam pertanian, sumber dan dalam perkhidmatan yang akan mendatangkan faedah kepada warga Australia,” beritahu Hockey kepada parlimen.

Hockey akan menghadiri majlis menandatangani Perjanjian Artikel di Beijing pada minggu depan. Bank dijangka beroperasi pada hujung tahun.

Australia akan menyumbang kira-kira 930 juta dolar Australia kepada AIIB dalam tempoh lima tahun dan akan menjadi pemegang saham keenam terbesar, kata kenyataan. “Pentadbiran AIIB adalah berdasarkan pada amalan terbaik, memastikan semua anggota terbabit secara langsung dalam haluan dan keputusan yang diambil oleh bank dalam cara terbuka dan telus,” katanya.

Bank bercita-cita membiayai pelaburan dalam perkhidmatan kereta api, pelabuhan kargo dan hubungan perdagangan lain. Beijing telah berjanji akan memperuntuk kebanyakan daripada $50 bilion dalam modal dan berkata jumlah tersebut akan ditambah kepada $100 bilion.