Australia akhiri penantian 48 tahun

Australia akhiri penantian 48 tahun

RIO DE JANEIRO, 11 Ogos – Perenang remaja Australia, Kyle Chalmers mengakhiri penantian dan kekecewaan 48 tahun negara itu yang begitu taksub terhadap sukan renang apabila dia memenangi pingat emas 100 meter gaya bebas lelaki di Olimpik Rio, semalam.

Perenang berumur 18 tahun itu mara ke final selepas hanya berada di kedudukan ketujuh pada pusingan awal.

Chalmers mengakhiri acara dengan merekodkan 47.58 saat, memecahkan rekod remaja dunia baharu yang juga miliknya.

Dia menamatkan 0.22s di depan perenang Belgium, Pieter Timmers dan 0.27s di depan perenang Amerika Syarikat, Nathan Adrian, pemenang pingat emas di London empat tahun lalu yang melangkah ke final sebagai perenang terpantas dalam pusingan kelayakan.

“Saya sangat gembira dengan hasil perlumbaan malam ini,” kata Chalmers yang memenangi gelaran remaja dunia setahun lalu tetapi berjaya menaikkan ranking untuk berada di kemuncak tertinggi sukan itu.

pg23_160812_olympic logo

Kyle Chalmers meraikan kemenangannya selepas beliau memenangi acara renang Lelaki 100m gaya bebas Akhir di Rio Sukan Olimpik 2016 di Stadium Akuatik Olimpik di Rio de Janeiro, Rabu lalu. – AFP
Kyle Chalmers meraikan kemenangannya selepas beliau memenangi acara renang Lelaki 100m gaya bebas Akhir di Rio Sukan Olimpik 2016 di Stadium Akuatik Olimpik di Rio de Janeiro, Rabu lalu. – AFP

Dia muncul pemenang termuda dalam kategori 100m gaya bebas lelaki yang memenangi emas dalam tempoh 36 tahun tetapi terkilan kerana rakan pasukannya, Cameron McEvoy sekadar menduduki di tempat ketujuh.

McEvoy berada di ranking pertama dunia sebelum ke Olimpik tetapi dia tidak dapat mencatat masa terbaiknya di Rio.

“Ia adalah sangat menarik tetapi ia adalah sukar dalam keadaan ini kerana rakan pasukan, Cameron McEvoy menjaga saya sepanjang minggu ini dan saya sebilik de-ngannya,” kata Chalmers. – AFP