Australia ambil tempahan jet antikapal selam P-8A

Australia ambil tempahan jet antikapal selam P-8A

CANBERRA, Australia, 16 Nov – Perdana menteri Australia hari ini mengambil tempahan pesawat pengawasan p-8A dan pesawat antikapal selam Boeing yang pertama bagi pasukan udara yang akan mengambil peranan barisan depan dalam mencegah pencari perlindungan daripada sampai ke pantai Australia menggunakan bot.

Pasukan Udara Diraja Australia akan menerima 12 daripada jet 737 Boeing yang diubahsuai menjelang Mac 2020 pada harga sekitar A$5 bilion (AS$3.8 bilion). Pesawat itu akan mengambil alih peranan pengawasan pesisir pantai yang kapal Lockheed P-3 Orion telah jalankan sejak 1968.

“Pesawat udara ini akan sepenuhnya menjadi elemen penting dalam tugas pasukan perlindungan sempadan Australia…bagi memastikan yang kami akan terus untuk mengatakan bahawa hanya kerajaan Australia yang menentukan siapa datang ke Australia,” kata Perdana Menteri Malcolm Turnbull memberitahu para wartawan di pangkalan pasukan udara Canberra.

Australia menjangkakan gelombang baru pencari perlindungan yang datang dari Indonesia menggunakan bot selepas pengumuman hujung minggu yang Amerika Syarikat telah bersetuju untuk menetapkan kira-kira 1,600 pelarian yang dibiarkan menderita di bawah tanggungan Australia selama tiga tahun di kem pulau Pasifik.

Australia enggan untuk menempatkan mana-mana pelarian yang telah tiba menggunakan bot sejak tarikh dasar ketat diumumkan pada 19 Julai 2013. Australia membayar Nauru dan Papua New Guinea untuk menempatkan ketibaan bot-bot dari Afrika, Timur Tengah dan Asia.

Tiada operasi penyeludupan manusia yang berjaya menghantar pencari perlindungan ke Australia menggunakan bot sejak Julai 2014, namun tentera laut telah mengarahkan balik 29 buah bot ke Indonesia.

Australia telah meningkatkan pengawasan udara dan laut antara Australia dan Indonesia untuk memastikan bahawa sebarang percubaan penyeludupan baru telah dipintas. – AP

ARTIKEL YANG SAMA