Australia-Asia Tenggara tekad kekang pengganasan

Australia-Asia Tenggara tekad kekang pengganasan

SINGAPURA, 9 Dis – Australia dan Asia Tenggara mesti menggandakan semula usaha untuk mengongsi perisikan dan memastikan serangan ganas gaya Paris tidak boleh ditiru di rantau itu, menurut Menteri Keadilan Australia, Michael Keenan.

Beratus-ratus penyokong kumpulan Negara Islam (IS) dan beberapa warga Malaysia dan Singapura dipercayai telah berperang di Syria dan Iraq.

Asia Tenggara berdepan risiko serangan apabila mereka pulang, menurut Malaysia.

“Hakikat bahawa situasi keselamatan kebangsaan semakin teruk bagi kesemua negara di rantau itu, termasuk Australia, bererti kita perlu menggandakan semula usaha-usaha itu,” Keenan yang juga Menteri Pembantu Perdana Menteri dalam Menangani Keganasan, memberitahu Reuters dalam satu temu bual di Singapura.

Kumpulan IS mengaku bertanggung jawab di atas kematian 130 orang dalam serangan di Paris bulan lalu, serangan yang banyak mengorbankan nyawa di Perancis sejak Perang Dunia Kedua.

Michael Keenan. – Reuters
Michael Keenan. – Reuters

Keenan juga menyelar ulasan calon presiden Republikan Amerika Syarikat yang disebut-sebut akan menang, Donald Trump yang menggesa bagi pengharaman orang Islam daripada memasuki AS ekoran pembunuhan beramai-ramai minggu lalu di San Bernardino, California, oleh pasangan suami isteri beragama Islam.

“Itu adalah sepenuhnya respons salah,” Keenan berkata “Apabila kita melihat Asia Tenggara, kita mendapat contoh baik bahawa kita tidak berperang dengan agama tertentu. Dan kita tidak perlu menyasarkan ke arah orang Islam Australia atau di mana-mana di dunia.”

Minggu depan Australia memperingati ulang tahun pengepungan di bahagian tengah Sydney yang menyaksikan seorang lelaki penyokong kumpulan Islam radikal menguasai sebuah kafe di tengah bandar. Dua tebusan dan lelaki bersenjata itu terbunuh apabila polis menyerbu bangunan tersebut. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA