Australia bantah cadangan nuklear Asia Trump

Australia bantah cadangan nuklear Asia Trump

SYDNEY, 3 April (AFP) – Australia membantah cadangan Donald Trump bahawa Jepun dan Korea Selatan harus menghasilkan senjata nuklear kerana ia akan ‘menambah’ risiko konflik serantau, kata Perdana Menteri Malcolm Turnbull hari ini.

Calon presiden Republikan yang disebut-sebut akan menang telah mengisytiharkan beliau akan mengeluarkan tentera AS dari kedua-dua negara dan membenarkan mereka menghasilkan senjata nuklear mereka sendiri.

Namun Turnbull berkata kuasa serantau Australia, sekutu AS, “menentang penghasilan senjata nuklear.”

“Ia bukan pandangan Australia,” beritahu perdana menteri kepada Sky News mengenai komen dasar nuklear oleh Trump.

“Kami tidak akan menyokong, sebenarnya kami akan menentang, saya fikir, sebagai komuniti global, penghasilan senjata nuklear.

ARTIKEL YANG SAMA