Australia belanja Aus$1.3b dalam kenderaan perisai

Australia belanja Aus$1.3b dalam kenderaan perisai

SYDNEY, 5 Okt (AFP) – Australia akan membelanjakan Aus$1.3 bilion untuk kenderaan perisai darat generasi akan datang untuk tenteranya, kata Perdana Menteri Malcolm Turnbull hari ini ketika beliau mengumumkan pengemaskinian terbaru untuk memodenkan tentera negara.

Tentera Australia membentuk sebahagian daripada gabungan yang menentang penyokong jihad kumpulan Islamic State di Iraq dan Syria, tetapi Turnbull menafikan pemerolehan 1,100 Hawkei daripada Thales Australia mencadangkan pembabitan global yang lebih besar.

“Saya bukan bermaksud begitu,” beritahu Turnbull kepada wartawan pada persidangan akhbar bersama dengan Menteri Pertahanan Marise Payne di sebuah pusat ujian untuk kenderaan Hawkei di utara Melbourne.

“Bagaimanapun, hakikatnya adalah IED pada dasarnya adalah ciri-ciri medan pertempuran moden dan tanpa mengira konteks di mana Pasukan Pertahanan Australia beroperasi, jenis ancaman sedemikian pastinya wujud. Kenderaan berkenaan berupaya beroperasi di setiap rupa bumi.”

Australia pada tahun lalu mempertingkat kuasa udaranya dengan pembelian 58 Pejuang Penyerang Bersama F-35 berjumlah AS$12.4 bilion untuk membawa jumlah JSF kepada 72 dan pada tahun ini berkata ia akan membeli dua kapal terbang C-17 Globemaster jarak jauh dalam satu pemerolehan bernilai Aus$1 bilion untuk merangsang operasi tentera dan bantuan bencana di seluruh dunia.

ARTIKEL YANG SAMA