Australia belasah Jordan 5-1

Australia belasah Jordan 5-1

SYDNEY, 29 Mac (AFP) – Tim Cahill menyumbat dua gol dan Robbie Kruse mencipta tiga gerakan tatkala Australia membenam Jordan 5-1 untuk menamatkan saingan peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2018 di tangga teratas, sebentar tadi.

Penyerang veteran berusia 36 tahun itu meledak dua gol babak pertama ketika skuad Socceroos memadamkan hajat Harry Redknapp untuk membantu Jordan mencatatkan kemenangan kedua di bawah kendaliannya.

Kemenangan dalam aksi Kumpulan B itu bermakna mereka menempah tiket ke pusingan ketiga pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia.

Cahill yang berpangkalan di Hangzhou kini sudah mencetak 47 gol dalam 89 penampilan antarabangsa untuk Australia selain 22 gol dalam 27 perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Cahill meraikan menjaringkan gol buat Australia ketika perlawanan menentang Jordan pada aksi kelayakkan Piala Dunia 2018 di Sydney, semalam. – Reuters
Cahill meraikan menjaringkan gol buat Australia ketika perlawanan menentang Jordan pada aksi kelayakkan Piala Dunia 2018 di Sydney, semalam. – Reuters

Ketika Cahill terus mengukuhkan statusnya sebagai penjaring terbanyak Australia, tetapi pemain yang berpangkalan di Jerman Kruse mendapat tepukan gemuruh apabila digantikan di hujung babak kedua selepas mencipta tiga gerakan yang menghasilkan gol.

Penjaring gol lain untuk Australia adalah perancang tengah Aaron Mooy, Tom Rogic (Celtic) dan pemain muda QPR Massimo Luongo.

“Pemain sudah menunjukkan dua persembahan terpuji (termasuk menentang Tajikistan) dan saya fikir peminat mula menghargai dengan cara pemain saya beraksi,” kata pengendali Australia Ange Postecoglou.

ARTIKEL YANG SAMA